skip to main |
skip to sidebar
Tidur adalah amat penting kepada manusia iaitu sebagai satu cara untuk merehatkan diri setelah penat bekerja seharian.Setiap orang dewasa memerlukan tidur yang cukup iaitu antara tujuh atau lapan jam sehari ini bergantung kepada keperluan individu itu sendiri.Apa yang penting adalah keadaan kita semasa bangun dari tidur samaada kita aktif atau tidak bergantung pada jangka waktu tidur kita.Bila tidur anda mula terganggu ini menunjukkan yang anda mempunyai masalah dengan waktu tidur anda.Apabila keadaan ini berlaku anda boleh dikategorikan menghidap insomnia.Insomnia ini adalah keadaan di mana seseorang itu tidak mempunyai kekuatan untuk mendapatkan tidur yang nyenyak dan sempurna.Ia juga banyak berlaku di kalangan wanita berbanding lelaki .Ia kerap berlaku seiring peningkatan usia.Simptom-simptom insomnia1) Kesukaran tidur di waktu malam2)Sering terjaga waktu tidur dan sukar untuk tidur kembali3)Bangun terlalu awal di waktu pagi4)Tidak mendapatkan tidur yang berkualiti yang membolehkan anda berasa segar pada keesokkan harinya.Apakah penyebab insomnia ?Mereka yang menghidap insomnia ini mungkin kerana tekanan waktu kerja di siang hari atau terlalu banyak mengambil kafein dan mereka ini perlu mendapatkan nasihat dari doktor.Tanpa rawatan ia akan bertambah kronik dan akan berulang-ulang terjadi.2 jenis insomnia1)Acute Insomnia(jangka masa pendek)-jenis ini hanya berlaku pada waktu yang pendek dalam beberapa malam sahaja dan kurang dari empat minggu.Keadaan ini berlaku mungkin tekanan di tempat kerja atau keadaan fizikal yang tidak sihat.2)Chronic Insomnia (Insomnia kronik)-Berlarutan sehingga tiga atau empat minggu dan berkhir sehingga sebulan atau lebih.Kira kira 10 hingga 15 peratus orang dewasa menghidap penyakit ini.Mereka memerlukan perhatian dan ini juga menunjukkan mereka mempunyai depresi yang teruk.Tabiat untuk membantu mendapatkan tidur yang sempurna-Jadikan bilik tidur anda sebagai tempat yang selesa untuk tidur tidak melakukan aktiviti seperti makan dan menonton tv di dalam bilik.Pastikan dalam 15 atau 20 minit anda sudah boleh melelapkan mata jika tidak tukar ke bilik lain dan cuba untuk tidur.
-Tetapkan masa tidur dan jaga anda, pastikan anda bangun pada waktu yang sama setiap hari dapat membantu anda menjangka waktu tidur anda.
-Awasi pemakanan anda dan elakkan minum kopi empat hingga enam jam sebelum tidur,jangan juga makan makanan berat dan jika lapar makan snek yang ringan dan jangan merokok kerana ia akan membuatkan tubuh sentiasa berjaga.
-Elakkan tidur waktu petang kalau perlu juga tidur selama 30 minit sahaja.
Batuk biasanya akan berlaku apabila seseorang itu menghidap selsema dan demam dan sebenarnya penyakit batuk ini tidaklah serius dan dalam masa seminggu ia akan hilang juga bersama demam dan selsema.Namun dalam jangka masa seminggu itu sesiapa sahaja yang menghidapnya akan sibuk mencari ubat batuk bagi melegakan kesakitan yang dihidapi.
Batuk sebenarnya adalah tindak balas normal yang baik untuk kita kerana tindak balas yang dikenali sebagai tindak balas refleks ini berlaku secara automatik untuk melegakan rongga pernafasan yang tersekat atau terkena bahan bahan yang menganggu tekak.Batuk terdiri daripada dua jenis iaitu batuk yang berkahak dan batuk yang tidak berkahak.
Batuk Berkahak-Bermula di bahagian dada dan perlu mengenali warna kahak untuk mengetahui jenis batuk serta penyakit yang dihidapi
-Jika kahak berwarna putih dan jernih menunjukkan tidak ada penyakit penyakit lain yang berbahaya.-jika kahak ada warna putih tetapi berbuih anda perlu berhati hati, ia mungkin disebabkan oleh penyedutan asap rokok yang kronik dalam jangka masa yang lama.Keadaan ini berlaku pada penghidap penyakit bronkitis.-Kahak yang berwarna hijau atau coklat.Pesakit perlu berhati hati ia mungkin terdapat jangkitan dalam paru-paru,selalunya ia disebabkan jangkitan dalam paru-paru oleh kuman bakteria.Mereka yang menghidap bronkitis dan pneumonia juga sering mengalami masalah ini.-Jika kahak anda berwarna gelap seperti karat atau berdarah, ini menunjukkan anda di peringkat serius dan mungkin di sebabkan oleh kanser,batuk kering dan sebagainya.Batuk tidak berkahak-Keadaan ini terjadi apabila anda bersa gatal,kering dan perit dibahagian tekak.Batuk ini disebabkan oleh jangkitan virus di dalam tekak,dan tanpa mengambil ubt pun batuk ini akan sembuh dan keadaan ini berlaku juga selama seminggu.-Jika anda berasa pedih yang teramat sangat anda harus mengambil ubat untuk mengawal rasa pedih.Cara-cara menghilangkan kahak di tekak-Anda hendaklah meminum air suam atau panas dengan banyak-Elakkan memakan bahan-bahan yang menambah lendir seperti bahan tenusu,daging,makanan manis,makanan segera dan sebagainya ketika batuk.-Jauhkan diri anda daripada persekitaran yang berhabuk,berasap toksik dan sebagainya.-Anda juga boleh menyedut wap daria air yang mendidih.Hidung yang tersumbat boleh dikurangkan dengan melakukan cara ini.-Untuk mereka yang merokok eloklah kurangkan bilangan rokok yang anda hisap.Untuk lebih berkesan eloklah anda berhenti merokok.-Tetapi yang paling senang sekali ialah anda menghebus dengan kuat untuk membuang kahak dan hingus.
Buasir adalah satu penyakit yang amat digeruni setiap orang kerana kesakitannya yang boleh mengakibatkan kesukaran membuang air besar.Pada sesiapa yang selalu mengalami sembelit berkemungkinan risiko terjadinya buasir adalah besar.Buasir ini terjadi apabila saluran darah venus yang mengembang dan bengkak di sekitar dubur.Di bahagian dinding dubur terdapat kusyen yang membantu menutup dubur dan memudahkan pengeluaran najis.Tetapi apabila seseorang itu sering sembelit dan proses meneran akan mengakibatkan kusyen yang melindungi dubur tadi bengkak dan beralih asalnya ini menyebabkan kedudukannya terkeluar dari dubur ketika proses buang air besar dan berlaku pendarahan kerana tisu haemorrhoid yang mengandungi banyak bekalan darah ini tercalar.Sebab-sebab berlakunya buasir1)Tekanan- iaitu berlaku apabila seseorang berdiri atau duduk dalam masa yang lama.Ini kerana berlaku peningkatan tekanan yang menyebabkan saluran venus membengkak atau terkeluar.
2)Sembelit-sembelit terjadi apabila najis yang besar dan kering diteran dengan kuat dan ini memerlukan tekanan yang kuat dan akan menyebabkan saluran venus di bahagian dubur mengalami tekanan yang lebih dan pembengkakan ini menyebabkan buasir terjadi.
3)Berat badan yang berlebihan juga akan dapat memberikan tekanan yang boleh menyebabkan buasir.
4)Perempuan mengandung - Semasa mengandung juga kita boleh terdedah dengan risiko mendapat buasir kerana berlakunya tekanan disebabkan oleh rahim yang semakin membesar dan semasa proses mengandung juga bekalan darah lebih banyak dari biasa dan ini dengan sendirinya memberkan tekanan kepada saluran venus lebih teruk lagi apabila semasa mengandung otot-otot menjadi lebih relaks disebabkan hormon semasa mengandung.Cara Penjagaan unutuk penyakit Buasir-Bagi mengelakkan kesakitan ketika buasir pesakit disyorkan kerap membuang najis dan pastikan najis tak keras serta menjaga kebersihan dubur.-Untuk pastikan tidak sembelit pesakit di sarankan banyak minum air putih dan mengambil buah-buahn serta sayur sayuran.-Untuk memastikan kebersihan pada kawasan dubur hendaklah di cuci lebih kerap dan mengunakan sabun dan air selepas membuang air dan pesakit juga boleh merendam diri dalam air suam untuk 2 atau 3 kali sehari.Selain itu juga garam mandian juga boleh digunakan untuk mengecutkan kawasan dubur yang bengkak.
Adakah anda sering bersin atau merasa gatal di bahagian hidung ?Dimana sahaja anda berada masalah ini sering terjadi terutama apabila anda berada di tempat yang dikelilingi bahan-bahan yang membuatkan anda cepat mengalami alahan seperti debu,bauan,bulu kucing atau sebagainya.Jika masalah ini sering anda alami ini mungkin tanda anda sedang menghidap alahan hidung.Apakah itu alahan hidung ?Alahan ini adalah reaksi seseorang kepada sesuatu secara berlebihan,contohnya jika seseorang itu alah pada makanan laut maka jika memakan nya seseorang itu akan mendapat penyakit gatal-gatal,Manakala jika eseorang itu alah pada ubat pula ia akan mendapat kesan bengkak atau gatal yang kadangkala boleh membawa kesan sesak nafas .Manakala Alahan hidung ini juga lebih dikenali sebagai allergic rhinitis bermaksud seseorang itu memberi reaksi pada sesuatu benda secara berlebihan,contohnya jika terdedah kepada habuk yang didalam nya terdapat sejenis hama.Hama inilah yang menyebabkan alahan.Kebanyakan hama banyak terdapat di langsir,karpet,tilam,cadar dan sarung bantal yang tidak berganti.Hama memakan kulit kulit yang gugur dari badan kita.Najis hama bercampur dengan habuk lain dan membuatkan hidung berair dan gatal.Manakala di luar rumah pula kita terdedah kepada debunga yang boleh menyebabkan alahan hidung,apabila pesakit yang alah kepada debunga itu hidungnya akan rasa gatal dan akhirnya bersin dan berair seperti selsema.Di sini gatal bukan bermakna gatal dari hidung sahaja tetapi kalau di peringkat teruk mata,muka dan lelangitjuga akan berasa gatal dan kadang kala menghilangkan deria rasa dan bau kita.
Pengubatan sendiri selsema di rumah seperti berehat serta bersikap penyabar ternyata merupakan cara terbaik untuk mengubati penyakit selsema.Hidung yang tersumbat dan batuk paling baik diubati dengan cara pernafasan iaitu sebelum tidur untuk membantu istirehat anda di malam hari selain itu aromaterapi seperti camomile atau minyak kayu putih perlulah dihidu untuk melancarkan pernafasan kerana minyak dan wangian itu akan dapat mengeringkan selaput lendir dalam hidung.Selain itu mengurut dada dengan ubat gosok seperti 'eucalyptus ointment'juga dapat membantu bernafas dengan mudah,ketika tubuh diserang demam maka tubuh akan menghasilkan lendir yang berfungsi mengahalu kuman.Penghidap demam ini boleh membantu dengan meminum air yang banyak sekurang-kurangnya tiga atau empat liter sehari.Jika kepala terasa pening dan demam terus berlanjutan selama beberapa hari hindari dari makan tablet penghilang pening dan jika kahak atau lendir sudah bertukar menjadi warna hijau kemungkinan anda sudah diserang infeksi dan anda perlu segera mendapatkan rawatan.
Disamping itu melakukan perawatan ketika selesama dengan menjaga sistem kekebalan tubuh agar tetap kuat dapat mempercepatkan tempoh untuk sihat sepenuhnya dan cara yang boleh dilakukan ialah olahraga.Namun bak kata pepatah "Mencegah lebih baik daripada mengubati,oleh itu olahraga perlu dilakukan secara teratur.
Seseorang yang normal mampu untuk menahan diri dari kencing sementara mencari tandas dan mengawal jika berada di tempat-tempat yang tidak sepatutnya contohnya seperti di dalam kereta atau di dalam sesuatu majlis.Manakala jika seseorang itu mengalami masalah ketidakmampuan menahan diri dari kencing bermakna anda tidak dapat menahan rasa hendak kencing dan akibatnya anda akan kencing di seluar sebelum sempat anda mencari tandas dan apabila masalah ini berlaku maka anda telah mengalami satu masalah besar dalam kehidupan seharian.Wanita dan lelaki berisiko untuk mendapatkan ketidakmampuan menahan diri dari kencing ini terutama apabila disebabkan oleh kecederaan neurology,kecacatan sewaktu lahir,strok,multiple sclerosis dan masalah fizikal yang disebabkan oleh penuaan.Selain itu bagi wanita masalah ini kerap juga berlaku apabila mereka mengandung dan melahirkan anak serta jika wanita itu menopause.Wanita yang berumur lebih banyak mengalami masalah ini berbanding wanita yang lebih muda tetapi keadaan ini tidak dapat dielakkan dengan perbezaan umur.Untuk pengetahuan anda masalah pengawalan terhadap pundi kencing ini boleh di rawat dan anda tidak perlu malu untuk mendapatkan rawatan.Keadaan ini selalu berlaku kepada wanita kerana masalah berkaitan dengan otot yang membantu untuk menahan atau melepaskan air kencing.Tubuh badan kita menyimpan air kencing dan apabila mahu kencing,bahan buangan ini dibuang melalui buah pinggang di dalam pundi kencing.Ketika kencing otot di dinding pundi kencing mengecut dan memaksa air kencing keluar dari pundi kencing menuju ke urethra iaitu urat yang mengeluarkan air kencing dari tubuh badan kita.Ketidakmampuan menahan air kencing berlaku apabila otot pundi kencing tiba-tiba mengecut atau jika otot yang mengelilingi urethra secara tiba-tiba berehat dengan tidak memberi signal.Jenis-Jenis Ketidakmampuan menahan1)Stress incontinence -Jika batuk atau bersin, ketawa atau pergerakan yang memberi tekanan pundi kencing secara tiba-tiba menyebabkan kebocoran air kencing tanpa anda sedari dan dapat kawal.Perubahan fizikal menyebabkan keadaan ini seperti mengandung dan menopause.Ia biasa dihidapi oleh golongan wanita.2)Urge incontinence -Masalah ini adalah bila anda tiba-tiba rasa perlu untuk kencing dan ia datang tiba-tiba sahaja.Masalah ini biasa berlaku akibat pengecutan pundi kencing yang tidak sempurna.3)Functional incontinence-Berlaku kepada mereka yang mempunyai masalah untuk berfikir ,bergerak atau berkomunikasi yang boleh menghalang mereka dari pergi ke tandas contoh mereka yang mengalami keadaan ini ialah mereka yang lumpuh yang duduk di kerusi roda,mengalami penyakit Alzheimer dan bagi wanita ia selalunya berlaku pada wanita yang tidak beruapya dan hanya baring di katil sahaja.4)Overflow incontinence-Mengalami keadaan dimana pesakit selalu terasa hendak kencing kerana pundi kencing anda selalu penuh ini terjadi kerana otot pundi kencing yang lemah dan terhalang oleh sesuatu.Puncanya akibat diabetes,tumor dan batu karang yang boleh menghalang pundi kencing,Keadaan ini selalu berlaku pada wanita.5) Mixed incontinence-Berlaku apabila masalah dan keadaan stress incontinence dan urge incontinence bercampur6) Transient incontinence-Kobocoran yang berlaku adalah sementara disebabkan oleh keadaan seperti jangkitan ataupun pengambilan ubat.
Jika anda sering berasa pening kepala dan berdenyut- denyut di bahagian sebelah kepala sahaja secara berulang anda mungkin menghidap penyakit migrain.Malah bukan itu sahaja kadang kala penghidap migrain terutama bagi kes yang teruk ia juga akan mengalami muntah,cirit birit dan akan sensitif kepada bunyi dan cahaya kerana akan menyebabkan kepala sakit.Sebab-sebab terjadinya migrain-Perubahan bahan kimia dalam badan yang dipnggil serotonim.Apabila serotonim menurun saluran darah akan mengembang dan menyebabkan pembengkakan dan keadaan inilah akan menyebabkan sakit kepala.
-Faktor keturunan
-Pemakanan iaitu makanan yang mengandungi keju,coklat kekacang,alkohol,nitrate juga boleh mengakibatkan migrain
-Diet yang akan menurunkan kandungan gula dalam darah juga mungkin menyebabkan migrain kerana gula yang rendah dalam darah menyebabkan saluran darah mengembang.
-Tidak makan atau lambat makan mengikut jadual dan waktu juga penyebab migrain
-Orang yang kerap mengambil minuman berkafein seperti kopi,teh dan minuman bergas
-Hormon oestrogen wanita yang turun naik
-Sewaktu mengandung
-Ramai wanita yang mengalami migrain sebelum,semasa dan selepas kedatangan haid
-Pil perancang boleh mengakibatkan migrain kerana ada pil perancang yang mengandungi oestrogen
-Menopaus
-Terlebih atau terkurang tidur berlaku akibat pertukaran dalam masa tidur dan jaga
-Ubat yang menyebabkan saluran darah mengembang boleh mendatangkan migrain seperti herba yang mengadungi ginkgo biloba.
-Perubahan cuaca yang tidak menentu seperti panas,dan hujan juga jerebu
-Perempuan lebih kerap mengalami migrain berbanding lelakiJenis-Jenis migrain1) Classic Migrain -10 minit atau 30 minit sebelum berlaku migrain akan memberikan tanda awal seperti terlihat cahaya terang,garisan zig zag,penglihatan berganda,buta sementara,kebas,kepala berpusing,pening,sukar bercakap dan keliru dan selepas lima atau 15 minit tanda ini akan hilang dan migrain akan menyerang.2) Common Migrain -Migrain menyerang tanpa amaran dan boleh berlaku pada bila-bila sahaja dan ini lebih biasa terjadi