Showing posts with label penyakit. Show all posts
Showing posts with label penyakit. Show all posts

Saturday, July 11, 2009

ALAHAN HIDUNG (ALLERGIC RHINITIS)

Adakah anda sering bersin atau merasa gatal di bahagian hidung ?Dimana sahaja anda berada masalah ini sering terjadi terutama apabila anda berada di tempat yang dikelilingi bahan-bahan yang membuatkan anda cepat mengalami alahan seperti debu,bauan,bulu kucing atau sebagainya.Jika masalah ini sering anda alami ini mungkin tanda anda sedang menghidap alahan hidung.

Apakah itu alahan hidung ?

Alahan ini adalah reaksi seseorang kepada sesuatu secara berlebihan,contohnya jika seseorang itu alah pada makanan laut maka jika memakan nya seseorang itu akan mendapat penyakit gatal-gatal,Manakala jika eseorang itu alah pada ubat pula ia akan mendapat kesan bengkak atau gatal yang kadangkala boleh membawa kesan sesak nafas .Manakala Alahan hidung ini juga lebih dikenali sebagai allergic rhinitis bermaksud seseorang itu memberi reaksi pada sesuatu benda secara berlebihan,contohnya jika terdedah kepada habuk yang didalam nya terdapat sejenis hama.Hama inilah yang menyebabkan alahan.Kebanyakan hama banyak terdapat di langsir,karpet,tilam,cadar dan sarung bantal yang tidak berganti.Hama memakan kulit kulit yang gugur dari badan kita.Najis hama bercampur dengan habuk lain dan membuatkan hidung berair dan gatal.

Manakala di luar rumah pula kita terdedah kepada debunga yang boleh menyebabkan alahan hidung,apabila pesakit yang alah kepada debunga itu hidungnya akan rasa gatal dan akhirnya bersin dan berair seperti selsema.Di sini gatal bukan bermakna gatal dari hidung sahaja tetapi kalau di peringkat teruk mata,muka dan lelangitjuga akan berasa gatal dan kadang kala menghilangkan deria rasa dan bau kita.

Wednesday, July 1, 2009

Merawat Selsema dirumah cara terbaik

Pengubatan sendiri selsema di rumah seperti berehat serta bersikap penyabar ternyata merupakan cara terbaik untuk mengubati penyakit selsema.Hidung yang tersumbat dan batuk paling baik diubati dengan cara pernafasan iaitu sebelum tidur untuk membantu istirehat anda di malam hari selain itu aromaterapi seperti camomile atau minyak kayu putih perlulah dihidu untuk melancarkan pernafasan kerana minyak dan wangian itu akan dapat mengeringkan selaput lendir dalam hidung.

Selain itu mengurut dada dengan ubat gosok seperti 'eucalyptus ointment'juga dapat membantu bernafas dengan mudah,ketika tubuh diserang demam maka tubuh akan menghasilkan lendir yang berfungsi mengahalu kuman.Penghidap demam ini boleh membantu dengan meminum air yang banyak sekurang-kurangnya tiga atau empat liter sehari.

Jika kepala terasa pening dan demam terus berlanjutan selama beberapa hari hindari dari makan tablet penghilang pening dan jika kahak atau lendir sudah bertukar menjadi warna hijau kemungkinan anda sudah diserang infeksi dan anda perlu segera mendapatkan rawatan.
Disamping itu melakukan perawatan ketika selesama dengan menjaga sistem kekebalan tubuh agar tetap kuat dapat mempercepatkan tempoh untuk sihat sepenuhnya dan cara yang boleh dilakukan ialah olahraga.Namun bak kata pepatah "Mencegah lebih baik daripada mengubati,oleh itu olahraga perlu dilakukan secara teratur.

Wednesday, June 3, 2009

Apakah Kanser Mulut?

Mulut terdiri daripada bibir luar,bibir dalam,lidah,dasar mulut,bahagian dalam pipi,mukosa mulut dan lelangit.Pada kanser mulut sel sel dari tisu- tisu yang membentuk bahagian mulut tumbuh secara tidak normal, bahgian yang dijangkiti kanser akan mengalami perubahan warna,bentuk dan rupa.

Kanser mulut mengambil masa yang lama untuk terjadi.Perubahan awal tisu pada bahagian yang terlibat dinamakan Pra Kanser.Pada peringkat ini rawatan awal masih boleh di jalankan untuk mencegah kanser dari merebak.64 peratus berisiko penghidap kanser mulut ialah golongon India.Kebanyakannya dikaitkan dengan tabiat menguyah sirih.

Fakta yang harus diketahui mengenai Kanser Mulut.

-Kanser mulut selalu terjadi di dalam mulut pada bahagian pipi,lidah dan gusi
-Di Malaysia Kanser Mulut dikaitkan dengan amalan menguyah sireh,penggunaan tembakau,pengambilan alkohol berlebihan bersama amalan merokok

Tanda- Tanda dan gejala

-Ulser di dalam mulut, di bahagian pipi yang tidak sembuh dalam masa dua minggu
-Tompok-tompok merah atau putih di dalam mulut-Benjolan di dalam mulut-Sukar untuk menguyah atau menelan atau bercakap-Pendarahan yang kerap berlaku di dalam mulut-Kebas atau hilang rasa dalam mulut.

Pencegahan

-Berhenti merokok
-Mengurangkan minuman beralkohol secar berlebihan atau berhenti minum alkohol
-Menghentikan amalan menguyah sireh atau tembakau
-Menjaga kebersihan mulut secara teratur
-Megelakkan pendedahan matahari secara terus terutamanya di kawasan bibir

Monday, May 25, 2009

Pengetahuan Mengenai Penyakit Gout

Gout adalah penyakit yang sering dihidapi kebnyakannya oleh kaum lelaki dan perempuan yang sudah putus haid atau menopause juga berisiko mendapat penyakit gout ini tetapi risikonya tidaklah sebesar kaum lelaki.

Tanda-tanda atau simptom yang menunjukkan penyakit gout mungkin menyerang anda adalah anda mungkin terasa sakit pada sendi terutamanya di sendi ibu jari kaki,lutut dan pergelangan kaki.Apabila disentuh sendi itu akan sakit dan di ikuti oleh demam yang menggigil akibat kesakitan yang teruk.

Penyakit Gout ini terjadi akibat dua faktor iaitu asid urik yang berlebihan di dalam badan dan kedua asid urik yang tidak dibuang dengan berkesan di dalam badan.Oleh kerana asid urik berlebihan akan menyebabkan ia membentuk jarum jarum kristal di sendi sendi dan sakit serta ia juga akan membentuk di tempat lain juga akhirnya akan menyebabkan batu karang dalam buah pinggang.

Ketidakseimbangan asid urik ini juga mungkin disebabkan faktor keturunan, memakan makanan yang kaya purin,obesiti,pengambilan alkohol yang berlebihan,kerosakan buah pinggang dan pengambilan ubat ubatan tertentu seperti diuretik dan aspirin.

Tanda atau simptom penyakit gout menyerang

-Terasa sakit sendi secara tiba-tiba terutama di bahagian ibu jari kaki, lutut dan pergelangan kaki-Sendi menjadi bengkak,kaku serta panas dan merah serta merta apabila disentuh dan menyebabkan pesakit demam
-Benjolan akan di dapati dekat sendi dan cuping telinga disebabkan timbunan asid urid yang mungkin kelihatan seperti kapur

Bila serangan gout akan berlaku?

Serangan gout ini boleh berlaku secara tiba- tiba dan tanpa sebab yang ketara tetapi keadaan tertentu juga boleh menyebabkan ia berlaku iaitu kekurangan air di dalam tubuh apabila makan berlebihan, minum air yang beralkohol,kecederaan pada sendi dan juga setelah pembedahan.Serangan tiba-tiba akan lebih ketara apabila tengah malam iaitu pesakit akan rasa sejuk seperti disiram air sejuk di tempat yang sakit dan akan menyebabkan mengigil dan demam dan ini akan berlaku seminggu dua minggu dan kemudian akan berhenti sendiri rasa sakitnya tetapi bukan bermakna sembuh tetapi jika tidak diubati sakit ini akan kembali menyerang kembali dan serangan yang kerapa kali di bahagian sendi akan merosakkan sendi serta fungsinya.

Penyakit Gout ini sering terjadi kepada lelaki yang berusia 30 tahun ke atas dan perempuan juga boleh mengalami masalah ini terutamanya selepas putus haid.Dan faktor keturunan juga memainkan peranan dalam risiko mendapat penyakit ini.

Friday, April 17, 2009

Ulcer Mulut boleh menyebabkan Barah

Kebanyakan dari kita mesti pernah menghidap ulcer.Ia boleh dialami oleh sesiapa sahaja tanpa mengira umur dan jantina tetapi golongon wanita mungkin lebih berisiko kerap menghidapinya terutama bagi wanita yang mengandung dan datang haid.Ulcer ini biasanya akan pulih dengan sendirinya dan kalau berulang pun tidaklah serius dan juga tidak berjangkit kepada sesiapa di sekeliling.

Ulser ini terjadi adalah kerana jangkitan bakteria di dalam mulut dan selain itu ia juga adalah disebabkan oleh kecederaan fizikal pesakit sperti tergigitbibir, pipi atau tercucuk benda yang tajam.Ulser juga terjadi akibat kekurangan zat makanan, tekanan ,kurang rehat atau keadaan mulut yang kotor.

ulser ialah tompokan putih di dalam mulut ia mungkin luka atau kudis yang terdapat di bahagian mulut iaitu di bahagian pipi, mulut dan lidah.Bagi yang pernah menghidap penyakit ini tentunya tahu betapa sakitnya untuk menguyah makanan kerana rasa perit dan sakit bila makanan terkena luka ulcer tadi.

Tanda-tanda anda sedang menghidap ulser mulut
-Kawasan yang terkena jangkitan atau cedera bewarna merah dan membengkak

-Rasa pedih dan sakit di bahagian yang luka terutama apabila anda sedang menguyah makanan pedas, masin atau panas.
-Rasa sakit apabila anda sedang mengosok gigi dan susah untuk membuka mulut.
-Hilang selera makan akibat pedih dan sakit di bahagian luka

Langkah-langkah awal perlu diambil untuk mencegah ulcer ini iaitu minumlah air yang secukupnya dan kurangkan air yang berasid,jauhilah makanan yang banyak mengandungi rempah,letakkan sedikit ais di tempat luka untuk melegakan sakit, elakkan daripada tekanan perasaan.Jika ulser mulut anda masih tidak sembuh malah semakin merebak dalam masa kurang dari tiga minggu, anda mesti segera berjumpa doktor kerana mungkin ulser mulut yang lambat sembuh adalah tanda-tanda awal anda sedang menghidap barah mulut.Pemeriksaan lanjut perlu dilakukan apabila ulser yang dialami agak besar saiz dari biasa iaitu lebih 2 mm, ulser berdarah dan tidak sembuh dalam masa 3 minggu.

Monday, February 16, 2009

INGINKAN TUBUH SEMPURNA

Awas ,jika anda terlalu taksub! Jika anda suka mengagumi diri sendiri,menghabiskan masa lebih enam jam untuk membentuk tubuh, sering berasa tubuh kurang ideal dan lebih suka mengenakan pakaian seksi untuk menunjukkan kekentalan otot-otot tubuh yakinlah bahawa anda sedang menghidap penyakit.

Tidak dinafikan setiap wanita dan lelaki mana yang tidak menginginkan tubuh yang padat bersih dan lansing serta berotot untuk lelaki.Tetapi awas jika anda sampai mengejar itu semua dan selalu berasa diri anda tidak sempurna anda berkemungkinan menderita penyakit 'Muscle Dysmorphia'atau MD.

Penyakit ini lebih dikenali dikalangan pelatih fitness sebagai 'Bigorexia Alias Obsess' iaitu memiliki tubuh yang besar atau sebaliknya bagi wanita pula 'anorexia' menginginkan tubuh yang langsing.Kedua-dua penyakit ini adalah penyakit yang melibatkan kejiwaan yang terlalu tertekan dengan kekurangan diri.

Oleh itu bagi penghidap penyakit ini mestilah menjalani rutin harian yang sihat selain mengurangkan aktiviti latihan atau senaman kepada tiga kali seminggu sahaja.Jangan suka membandingkan tubuh orang lain dengan ukuran tubuh kita ,kurangkan membelek tubuh di cermin.Sebenarnya tidak semua wanita suka lelaki yang berotot dan tidak semua lelaki yang menyukai wanita yang kurus dan langsing.Oleh itu amalkan pemakanan yang sihat untuk membuatkan diri anda cantik di luar dan dalam.

Monday, January 26, 2009

Mukadimah Hati

Mukadimah Hati
Erti sebuah kehidupan yang sesungguh bererti bagi ku sehingga menitiskan air mata sekiranya ia menyentuh sanubari ku yang lembut ini..Bagi ku kasih sayang sungguh bererti dan tidak ternilai dengan wang ringgit yang sering di kejar oleh setiap hati manusia yang penuh dengan duniawi yang fana ini.Mengapa dunia ini terlalu kejam sehingga tidak memberi peluang pada insan yang memerlukan kasih sayang tapi sebagai hamba ALLAH yang di kurniakan akal tidak boleh sentiasa melawan takdir dan jangan menyalahkan tempat penumpangan yang telah di beritahu apa sebenarnya yang tersirat di hening-hening dan celah-celahan keduniaan.tersurat memang indah sehingga membuatkan ada insan yang bernama khalifah terlupa dan lagha dengan janji musuh islam yang sering inginkan dan idamkan sehening kesucian yang ada pada hati manusia yang bernama keturunan adam.Tidak lah perlu menyalahkan angkatan itu kerana itu janji kemusnahan yang pernah mereka ukirkan bila melawan aturan ALLAH dan disini kita perlu tahu bahawa di mana janji kita supaya taat pada ALLAH dan tidak akan terpedaya dengan goda-goda yang berunsurkan kerosakan perasaan dan hati sanubari…

Wahai insan ku serahkan
Sebagai wakil untuk berbakti
Jangan terpedaya dengan hasutan
Batalkan janji yang mereka ukirkan.


Renungkanlah maksud yang tersirat yang ada disebalik kata ini dan janganlah kita sesekali menangkan mereka yang cuba mencerobohi etika islam kita yang sememangnya sungguh suci dan murni tiada tolok bandingnya dengan kehidupan yang lain.Lihatlah sekarang ramai yang masih tercari-cari haluan tuju kehidupan walaupun ada yang terjelas namun masih lagi ingin menghampiri kemungkaran yang jelas tapi buta dihati.Melihat hanya luaran “keji yang di menangkan budi yang sering dipertikaikan,lembut yang sering di hodohkan,umpatan masih di hormati,kebenaran pula ditindih.”Sayang sekali kerana apa yang ku lihat kehidupan hampir hilang tatatusila sebagai seorang hamba ALLAH.Bila yang ingin mengenali kita islam? Ketika Mati…Masa itu telah tamat mungkin hanya sekadar nama sahaja seperti yang pernah dilakukan ketika hidup jadikan islam sebagai gelaran yang tertera di butiran diri.Sedih apabila ketika di sakaratul maut hanya sahabat yang sebelah kiri sahaja menjemput dan senyum melihat gelagat sahabat yang bakal menghuni di satu tempat yang sama.Jangan biarkan mereka megah dengan kemungkaran tapi bangunlah untuk hapuskannya.Takkan kita mahukan suria janji mereka berjaya sedangkan sekumpulan itu lakukan begitu kerana tidak mahu mendengar arahan ALLAH kerana marah dan pandang hina dengan segumpal tanah.Itu yang kita mahu ikutkan sedangkan mereka mengherdik ketika Nabi Adam di ciptakan di syurga.Bayangkan betapa bencinya mereka terhadap keturunan nabi Adam namun mengapa masih ada lagi ingin mengikuti sikap angkatan itu.Duduk seketika dan tenangkan hati adakah kita akan menghormati orang yang telah menghancurkan dan merendahkan darjat keturunan kita?.Simbolik perkataan ia sama sahaja Cuma jangan biarkan hasutan itu cuba menganggu dan terus menganggu kehidupan ketenangan islam yang mereka geruni dan jangan sesekali kita ikut cara mereka mencari jalan untuk kemungkaran pada yang di redhai ALLAH..
Jadi sebagai panduan jadikanlah Al-Quran itu sebagai pegangan barulah indah perjalanan tungak ummah yang beriman dan mampu melaksanakan di hati.


http://www.mahsuri.com.my/analisis