skip to main |
skip to sidebar
Adakah anda sering bersin atau merasa gatal di bahagian hidung ?Dimana sahaja anda berada masalah ini sering terjadi terutama apabila anda berada di tempat yang dikelilingi bahan-bahan yang membuatkan anda cepat mengalami alahan seperti debu,bauan,bulu kucing atau sebagainya.Jika masalah ini sering anda alami ini mungkin tanda anda sedang menghidap alahan hidung.Apakah itu alahan hidung ?Alahan ini adalah reaksi seseorang kepada sesuatu secara berlebihan,contohnya jika seseorang itu alah pada makanan laut maka jika memakan nya seseorang itu akan mendapat penyakit gatal-gatal,Manakala jika eseorang itu alah pada ubat pula ia akan mendapat kesan bengkak atau gatal yang kadangkala boleh membawa kesan sesak nafas .Manakala Alahan hidung ini juga lebih dikenali sebagai allergic rhinitis bermaksud seseorang itu memberi reaksi pada sesuatu benda secara berlebihan,contohnya jika terdedah kepada habuk yang didalam nya terdapat sejenis hama.Hama inilah yang menyebabkan alahan.Kebanyakan hama banyak terdapat di langsir,karpet,tilam,cadar dan sarung bantal yang tidak berganti.Hama memakan kulit kulit yang gugur dari badan kita.Najis hama bercampur dengan habuk lain dan membuatkan hidung berair dan gatal.Manakala di luar rumah pula kita terdedah kepada debunga yang boleh menyebabkan alahan hidung,apabila pesakit yang alah kepada debunga itu hidungnya akan rasa gatal dan akhirnya bersin dan berair seperti selsema.Di sini gatal bukan bermakna gatal dari hidung sahaja tetapi kalau di peringkat teruk mata,muka dan lelangitjuga akan berasa gatal dan kadang kala menghilangkan deria rasa dan bau kita.
Mulut terdiri daripada bibir luar,bibir dalam,lidah,dasar mulut,bahagian dalam pipi,mukosa mulut dan lelangit.Pada kanser mulut sel sel dari tisu- tisu yang membentuk bahagian mulut tumbuh secara tidak normal, bahgian yang dijangkiti kanser akan mengalami perubahan warna,bentuk dan rupa.Kanser mulut mengambil masa yang lama untuk terjadi.Perubahan awal tisu pada bahagian yang terlibat dinamakan Pra Kanser.Pada peringkat ini rawatan awal masih boleh di jalankan untuk mencegah kanser dari merebak.64 peratus berisiko penghidap kanser mulut ialah golongon India.Kebanyakannya dikaitkan dengan tabiat menguyah sirih.Fakta yang harus diketahui mengenai Kanser Mulut.-Kanser mulut selalu terjadi di dalam mulut pada bahagian pipi,lidah dan gusi-Di Malaysia Kanser Mulut dikaitkan dengan amalan menguyah sireh,penggunaan tembakau,pengambilan alkohol berlebihan bersama amalan merokokTanda- Tanda dan gejala-Ulser di dalam mulut, di bahagian pipi yang tidak sembuh dalam masa dua minggu-Tompok-tompok merah atau putih di dalam mulut-Benjolan di dalam mulut-Sukar untuk menguyah atau menelan atau bercakap-Pendarahan yang kerap berlaku di dalam mulut-Kebas atau hilang rasa dalam mulut.Pencegahan-Berhenti merokok-Mengurangkan minuman beralkohol secar berlebihan atau berhenti minum alkohol-Menghentikan amalan menguyah sireh atau tembakau-Menjaga kebersihan mulut secara teratur-Megelakkan pendedahan matahari secara terus terutamanya di kawasan bibir
Adakah anda pernah mengalami keadaan ini.Sakit di bahagian belakang pasti ramai yang pernah mengalaminya terutama bagi kaum hawa ibu khususnya yang sering melakukan kerja-kerja rumah.Walaupun kita tahu sakit belakang adalah perkara yang tidaklah serius tetapi anda perlu juga berhati-hati akan penyebab masalah ini.Jika tidak diberi perhatian mungkin akan mendatangkan akibat buruk pada anda nanti.Penyebab sakit di bahagian belakangDisebabkan oleh otot yang lemah,otot yang tegang atau kaku,urat belakang yang tergeliat, otot yang terkoyak atau juga disebabkan sakit sendi yang mengakibatkan anda rasa sakit di bahagian punggung,kebas kaki,rasa digigit semut di kaki akibat rangsangan saraf dari saraf tunjang.Tekanan perasaan atau tidak melakukan sebarang aktiviti senaman juga boleh menjadi punca sakit di bahagian belakang.Selain itu mereka yang mempunyai keadaan fizikal yang agak gemuk juga boleh mendapat sakit belakang terutama melibatkan waktu berdiri dan duduk yang agak lama.Kadang-kadang sakit belakang juga adalah kerana tanda- tanda ada masalah arthritis,ulser atau masalah sakit buah pinggang,mengandung atau masalah yang berkaitan genetik atau kecederaan fizikal di bahagian belakang akibat kecederaan.Simptom sakit belakangSakit di bahagian belakang selalunya sakit di bahagian bawah belakang anda dan boleh merebak ke bahagian lain iaitu kaki.Bahagian yang sakit akan merasa sensitif apabila disentuh dan akan berasa lebih sakit apabila anda bergerak.Rasa sakit boleh dirasai seperti pisau yang tajam menikam atau rasa kesakitan yang amat sangat dibahagian otot belakang.Siapa yang berisiko mendapat sakita belakang?1-Yang tidak boleh dirawat atau diubah
a) Mereka yang berada dalam pertengahan umur b) Lelaki c) Sejarah keluarga yang menghidap sakit bahagian belakang. d) Mengandung-semasa mengandung ligamen wanita meregang otot abdominal mereka tegang dan lemah dan bahagian belakang perlu menyokong bayi dalam kandungan. e) Sebahagian tulang belakang mengalami tekanan2-Yang boleh dirawat atau diubah
a) Kekurangan senaman b) Pekerjaan dan aktiviti lain yang memerlukan seseorang itu duduk, mengangkat atau menarik barangan berat dan pekerjaan yang mengakibatkan seseorang terdedah kepada getaran. c) Merokok d) Berat berlebihan e) Tekanan f) Pengunaan streoid terlalu lamaPencegahan sakit Belakang-Kurangkan aktiviti yang memburukkan simptom tetapi buat aktiviti biasa tetapi tidak digalakkan berehat dikatil sahaja.-Buat senaman ringan untuk membina dan menegekalkan otot perut yang kuat dan belakang yang fleksibel.-Perlu tahu apakah penyebab sakit belakang dan langkah mengelakkannya.