Sunday, April 26, 2009

Elakkan perut daripada kekejangan dan kesakitan

Apabila anda mengambil makanan atau minuman yang terlalu panas atau sejuk, esofagos iaitu saluran makanan untuk makan daripada mulut ke perut akan bertindak balas dengan mengecut atau mengembangkannya dengan cepat.Ini akan menyebabkan asid hidroklorik yang cuba bertahan dengan kejutan yang tidak dikehendaki akan dikeluarkan.Apabila asid hidroklorik terlalu banyak di dalam perut ini menyebabkan sakit perut.

Terdapat cara-cara bagi mengelakkan keadaan ini dari berlaku iaitu :-

1)Jangan merokok - Apabila anda merokok ini akan meningkatkan aliran air liur di dalam mulut dan anda akan kerap menelan air liur dan ini mengakibatkan penelanan udara yang berlebihan kedalam badan.

2)Minumlah air perlahan-lahan -Biasakan diri meminum air secara perlahan-lahan dan jangan dalam keadaan tergesa-gesa.Jangan minum semasa atau penghujung masa makan kerana ini akan meyebabkan udara dan gas cuba melepaskan diri dan akan menyebabkan kesakitan.Kalu boleh minumlah secara perlahan dan minumlah tanpa mengunakan straw ini bagi mengelakkan udara banyak masuk ke dalam badan.

3)Makanlah dengan selesa -makanlah sewaktu anda tenang dan perlu dan elakkan makan sewaktu anda sedang stress dan tertekan emosi dan fizikal.Ini akan meyebabkan organ pencernaan akan mengetat dan makan yang dimakan tadi tidak dapat dikawal dengan baik ini meyebabkan perut akan tegang dan kejang

4)Jangan selalu mengeluh -Bila anda mengeluh secara kerap anda akan mengalami'aerophagia'(terlebih telan udara) dan akan sebabkan sistem pencernaan penuh dan bertindak dengan kesakitan.Biarkan penelanan air liur atau air kepada tahap minimum dan latihlah diri anda agar tidak bernafas melalui mulut.

5)Jangan minum air berkarbonat,elakkan makanan yang sudah terdedah kepada udara sperti mentegha yang sudah dipukul,kek atau roti yang berongga seperti kek cheese dan elakkan minum susu yang telah dikocokkan dengan minuman panas seperti teh susu kerana apabila hendak minum anda akan kerap meniupkan air tadi untuk sejuk ini akan menyebabkan udara masuk ke dalam badan dengan mudah.

6) Tetapkan udara -Atasilah masalah sembelit anda dengan makan makanan yang mudah lawas.Apabila mempunyai sistem pembuangan yang tetap ini akan membersihkan toksid yang ada dalam badan ini akan membuatkan tubuh anda sihat dan bebas dari kesakitan.Makanlah makanan penawar dan bukan bahan kimia anda akan lega apabila berbuat demikian.

Wednesday, April 22, 2009

Masalah sering Pengsan

Sesiapa sahaja boleh berisiko untuk pengsan dan kadangkala pengsan ini akan berlaku secara tiba- tiba dan berlaku dimana-mana sahaja tanpa memberikan sebarang signal kepada pesakit.Pengsan ini disebabkan penyusutan sementara pengaliran darah ke otak.Terdapat pelbagai penyebab yang boleh mengakibatkan seseorang itu pengsan, antaranya ialah tekanan darah yang tiba-tiba turun,anaemia, dengupan jantung yang tidak menentu,serangan penyakit di otak, panas yang melampau,lapar, tekanan emosi, keletihan dan ketakutan yang melampau juga boleh mengakibatkan pengsan.

Apabila anda pengsan , darah yang bertakung dibawah badan akan mengurangkan darah untuk sampai ke otak dan ini akan membuatkan warna kulit berubah menjadi pucat dan denyutan nadi perlahan.Ada individu menerima tanda awal untuk pengsan iaitu seperti rasa mual, hendak muntah,kepala berpusing dalam keadaan masih sedar.Ada individu yang tiba-tiba sahaja terus pengsan tanpa ada tanda dan ini akan memudaratkan diri inidividu terbabit kerana mereka yang hilang kesedaran dengan tiba-tiba akan terdedah dengan bahaya contoh pengsan semasa membawa kereta atau berjalan di kawasan sesak dengan kenderaan.

Kita boleh membantu orang yang pengsan ini dengan cara yang betul iaitu kita boleh baringkan mangsa ,angkat dan ampu kaki tinggi dari kedudukan kepala bagi membolehkan darah sampai ke otak,pastikan udara sampai ke mangsa jangan beresak-esak mengelilingi mangsa dan apabila mangsa sedar dari pengsan terus bantu mangsa duduk perlahan-lahan. Kita juga boleh mencegah diri dari pengsan dengan cara minum air masak sebanyak mungkin, elakkan dehidrasi dan kepanasan,dan banyakkan garam mineral dalam makanan.

Friday, April 17, 2009

Ulcer Mulut boleh menyebabkan Barah

Kebanyakan dari kita mesti pernah menghidap ulcer.Ia boleh dialami oleh sesiapa sahaja tanpa mengira umur dan jantina tetapi golongon wanita mungkin lebih berisiko kerap menghidapinya terutama bagi wanita yang mengandung dan datang haid.Ulcer ini biasanya akan pulih dengan sendirinya dan kalau berulang pun tidaklah serius dan juga tidak berjangkit kepada sesiapa di sekeliling.

Ulser ini terjadi adalah kerana jangkitan bakteria di dalam mulut dan selain itu ia juga adalah disebabkan oleh kecederaan fizikal pesakit sperti tergigitbibir, pipi atau tercucuk benda yang tajam.Ulser juga terjadi akibat kekurangan zat makanan, tekanan ,kurang rehat atau keadaan mulut yang kotor.

ulser ialah tompokan putih di dalam mulut ia mungkin luka atau kudis yang terdapat di bahagian mulut iaitu di bahagian pipi, mulut dan lidah.Bagi yang pernah menghidap penyakit ini tentunya tahu betapa sakitnya untuk menguyah makanan kerana rasa perit dan sakit bila makanan terkena luka ulcer tadi.

Tanda-tanda anda sedang menghidap ulser mulut
-Kawasan yang terkena jangkitan atau cedera bewarna merah dan membengkak

-Rasa pedih dan sakit di bahagian yang luka terutama apabila anda sedang menguyah makanan pedas, masin atau panas.
-Rasa sakit apabila anda sedang mengosok gigi dan susah untuk membuka mulut.
-Hilang selera makan akibat pedih dan sakit di bahagian luka

Langkah-langkah awal perlu diambil untuk mencegah ulcer ini iaitu minumlah air yang secukupnya dan kurangkan air yang berasid,jauhilah makanan yang banyak mengandungi rempah,letakkan sedikit ais di tempat luka untuk melegakan sakit, elakkan daripada tekanan perasaan.Jika ulser mulut anda masih tidak sembuh malah semakin merebak dalam masa kurang dari tiga minggu, anda mesti segera berjumpa doktor kerana mungkin ulser mulut yang lambat sembuh adalah tanda-tanda awal anda sedang menghidap barah mulut.Pemeriksaan lanjut perlu dilakukan apabila ulser yang dialami agak besar saiz dari biasa iaitu lebih 2 mm, ulser berdarah dan tidak sembuh dalam masa 3 minggu.

Monday, April 13, 2009

Anda penghidap Pundi Hempedu?

Adakah anda tahu apa itu pundi hempedu?Bagi yang tidak tahu disini saya jelaskan pundi hempedu adalah kantung berbentuk buah pir yang bersaiz bola golf yang terletak di bawah bahagian kanan hati.Ia berfungsi untuk mengumpul dan memekatkan hempedu yang tugasnya untuk mencernakan lemak di dalam tubuh.Hempedu berwarna kuning dan ia dihasilkan dalam hati dan akan disimpan sementara di dalam pundi hempedu.

Terdapat berbagai faktor yang membolehkan seseorang itu menghidap penyakit pundi hempedu.Salah satunya akibat kegagalan tubuh memproses kolestrol dan juga disebabkan pundi hempedu dijangkiti kuman.Antara orang yang berisiko mendapat penyakit ini adalah wanita didalam usia 40 an, wanita yang selepas berkahwin dan juga wanita yang mengandung, wanita yang mengunakan terapi hormon dan yang mengunakan pil pencegah hamil, lelaki dan wanita yang terlebih berat badan,mereka yang makan produk tenusu dan makanan berlemak berlebihan dan faktor keturunan.


Pundi hempedu yang bermasalah berpunca dari kehadiran kalkulus hempedu yang terbentuk apabila cecair kimia yang ada dalam pundi hempedu tidak seimbang dan mengakibatkan campuran kimia tadi menjadi pejal atau endap.Lama kelamaan endapan ini akan membesar dan menghalang hempedu daripada pundi hempedu ini akan menjadikan pundi membengkak dan akibat penuh maka pengaliran akan berlaku dan pundi hempedu akan terdedah dengan jangkitan kuman.

Antara simptom-simptomnya adalah rasa sakit menusuk di bahagian kanan atau tengah abdomen biasanya berlaku selepas makan terutama selepas makan makanan yang berminyak.Sakit tadi akan merebak ke belakang atau kehujung bahu diikuti dengan rasa mual, muntah , demam atau penyakit kuning.

Wednesday, April 8, 2009

Cabaran dalam mendidik anak-anak

Di zaman yang serba moden ini ramai ibu bapa memandang remeh dalam soal mendidik anak-anak.Lebih-lebih lagi ibu bapa yang sentiasa sibuk sehingga lupa tanggungjawab yang di amanahkan oleh Allah iaitu anak-anak.Bila berlaku sesuatu dan apabila anak sudah sukar dibentuk menjadi orang yang berguna disalahkan pengasuh atau orang lain.Sebenarnya ilmu keibubapaan ini mestilah ada dalam diri ibubapa itu sendiri sebelum anak lahir kedunia lagi.Bentuklah anak ketika dalam perut lagi.Anak ini umpama sehelai kertas kosong putih tanpa secalit pun warna dan sebagai ibubapa kita yang mencorakkan warna dan lukisan indah diatas kertas tadi agar ia berharga dan cantik dipandang mata.Bukannya kita setakat melukis tanpa hati dan perasaan.Jika ini terjadi jangan salahkan sesiapa jika lukisan tadi nampak cacat dan buruk.

Sepatutnya sebagai ibubapa persediaan pertama untuk bayi kita adalah bermula dengan memberikan nama kepada bayi anda dan pilih nama-nama baik yang mempunyai maksud yang baik untuk bayi.Tetapi ibu bapa sekarang terlalu taksub dengan nama yang glamor dan meniru nama nama artis kononnya tanpa mengambil tahu akan maksudnya dan bila anak anda 'buat perangai'apabila nama yang diberikan tidak sesuai anda mula akan berserabut dan tertekan dengan keadaan.Berbanding dengan mereka yang ada ilmu keibubapaan semua ini dapat di atasi dengan mudah.InsyaAllah.

Anak-anak walaupun masih kecil tetapi mereka punyai perasaan dan jika kita sebagai ibu bapa memarahi dan menguris hati mereka ini akan menimbulkan bekas di jiwa mereka dan ditakuti nanti sifat marah dan baran ini akan diwarisi oleh anak tadi.Oleh itu ambillah masa sejam dua untuk bermain-main bersama anak lebih-lebih lagi jika anak ditinggalkan kepada pengasuh, berikan mereka kasih sayang dan jangan buat mereka rasa tersisih dari ibubapa sendiri.
Begitu juga jika anda sudah berhasrat untuk menambahkan bilangan ahli keluarga dan semasa itu anak pertama masih kecil jangan sesekali mengabaikan anak yang pertama tadi.Bila keadaan ini terjadi maka anak mudah menjadi orang yang sensitif dan segala apa yang dirasainya tidak dapat di luahkan dan disimpan dan dikenang sampai dia dewasa.Mungkin kita sebagai ibubapa sayang dan ambil berat dengan anak sulung sama seperti kita sayang anak kedua tetapi kita tidak sedar yang perhatian dan belaian yang lebih kepada yang bongsu tadi telah membuatkan yang sulung rasa tersisih.Oleh itu sebagai ibubapa kita kena bijak menangani masalah ini.Seboleh-bolehnya biarkan anak sulung anda bersama anda setiap kali anda bersama bayi kedua anda walaupun disaat anda sedang menyusukan bayi kedua anda.Ini dapat mengeratkan lagi hubungan saudara akak dan adik dan mengelakkan sifat berdendam dan irihati di hati anak sulung tadi.


Anak-anak yang rasa dirinya terpinggir tidak kiralah yang pertama,kedua, ketiga atau seterusnya akan mudah merasa perasaan cemburu dan berdendam dengan adik beradik yang lain dan jalan yang terbaik adalah menunjukkan keadilan dalam setiap apa yang kita lakukan sebagai contoh tidak semestinya yang sulung mesti selalu mengalah dan adik pula tak salah meminta maaf jika bersalah dan menerima hukumannya.Jika kita bijak mengawal anak-anak di rumah maka watak anak dapat dibentuk di luar juga.Memanglah susah untuk besarkan anak- anak dan setiap kata-kata ibu adalah doa untuk anaknya dan oleh itu janganlah mengeluarkan kata-kata kesat kepada anak-anak kita kawallah perasaan itu.Memang sukar menjadi ibu bapa, jika mudah, takkanlah redha Allah kepada anak itu bergantung kepada redhanya ibu bapa kepada anak-anak. Fikir-fikirkan dan bertindaklah dengan sebaiknya… Insya Allah anda mampu menjadi ibubapa yang TERBAIK.





Friday, April 3, 2009

FIBROADENOMA BUKAN KANSER

Kurang daripada satu perempat benjolan di payudara adalah kanser tetapi sebenarnya agak sukar untuk membezakan adakah benjolan itu kanser atau bukan.Namun begitu kesemua benjolan di payudara mestilah diperiksa terlebih dahulu oleh pakar sebelum sebarang kesimpulan di buat.

Jenis-Jenis Simptom Benjolan

1-Fibroadenoma
2-Fibrosistik
3-Sista
4-Sista susu dan jangkitan
5-Intraductal Papilloma
6-Kanser
7-Kecederaan
8-Hormon
9-Penyebab yang tidak berbahaya termasuklah pertumbuhan kulit,tumor lemak (lipoma),duct ectasia dan lain-lain.


Apakah itu Fibroadenoma?

Ia adalah tumor yang biasa ditemui di payudara wanita.Ia adalah satu benjolan tisu keras yang tidak berbahaya dan bukan kanser.Ia terjadi akibat peningkatan sensitiviti hormon oestrogen wanita.Kebiasaannya ia kenyal lembut dan mudah bergerak ke bawah kulit.Benjolan ini kenyal kerana ia mengandungi kolagen.Terdapat dua keadaan mereka yang mempunyai fibroadenoma iaitu tidak sakit atau sakit jika tersentuh.Ia biasa ditemui pada wanita muda tetapi boleh juga berlaku pada sebarang umur wanita.Fibroadenoma biasa ini mempunyai saiz satu hingga tiga sentimeter.Tetapi apabila saiz bertambah 5 sentimeter keadaan ini dinamakan fibroadenoma gergasi.Ia juga boleh mengecil atau membesar dan sesetengahnya akan hilang begitu sahaja.
Sesetengah fibroadenoma yang kecil ini akan dapat dikesan semasa kehamilan dan semasa penyusuan bayi.