Showing posts with label sakit ginjal. Show all posts
Showing posts with label sakit ginjal. Show all posts

Wednesday, July 22, 2009

Buasir harus dielakkan.

Buasir adalah satu penyakit yang amat digeruni setiap orang kerana kesakitannya yang boleh mengakibatkan kesukaran membuang air besar.Pada sesiapa yang selalu mengalami sembelit berkemungkinan risiko terjadinya buasir adalah besar.Buasir ini terjadi apabila saluran darah venus yang mengembang dan bengkak di sekitar dubur.Di bahagian dinding dubur terdapat kusyen yang membantu menutup dubur dan memudahkan pengeluaran najis.

Tetapi apabila seseorang itu sering sembelit dan proses meneran akan mengakibatkan kusyen yang melindungi dubur tadi bengkak dan beralih asalnya ini menyebabkan kedudukannya terkeluar dari dubur ketika proses buang air besar dan berlaku pendarahan kerana tisu haemorrhoid yang mengandungi banyak bekalan darah ini tercalar.

Sebab-sebab berlakunya buasir

1)Tekanan- iaitu berlaku apabila seseorang berdiri atau duduk dalam masa yang lama.Ini kerana berlaku peningkatan tekanan yang menyebabkan saluran venus membengkak atau terkeluar.
2)Sembelit-sembelit terjadi apabila najis yang besar dan kering diteran dengan kuat dan ini memerlukan tekanan yang kuat dan akan menyebabkan saluran venus di bahagian dubur mengalami tekanan yang lebih dan pembengkakan ini menyebabkan buasir terjadi.
3)Berat badan yang berlebihan juga akan dapat memberikan tekanan yang boleh menyebabkan buasir.
4)Perempuan mengandung - Semasa mengandung juga kita boleh terdedah dengan risiko mendapat buasir kerana berlakunya tekanan disebabkan oleh rahim yang semakin membesar dan semasa proses mengandung juga bekalan darah lebih banyak dari biasa dan ini dengan sendirinya memberkan tekanan kepada saluran venus lebih teruk lagi apabila semasa mengandung otot-otot menjadi lebih relaks disebabkan hormon semasa mengandung.


Cara Penjagaan unutuk penyakit Buasir

-Bagi mengelakkan kesakitan ketika buasir pesakit disyorkan kerap membuang najis dan pastikan najis tak keras serta menjaga kebersihan dubur.
-Untuk pastikan tidak sembelit pesakit di sarankan banyak minum air putih dan mengambil buah-buahn serta sayur sayuran.
-Untuk memastikan kebersihan pada kawasan dubur hendaklah di cuci lebih kerap dan mengunakan sabun dan air selepas membuang air dan pesakit juga boleh merendam diri dalam air suam untuk 2 atau 3 kali sehari.Selain itu juga garam mandian juga boleh digunakan untuk mengecutkan kawasan dubur yang bengkak.

Friday, April 3, 2009

FIBROADENOMA BUKAN KANSER

Kurang daripada satu perempat benjolan di payudara adalah kanser tetapi sebenarnya agak sukar untuk membezakan adakah benjolan itu kanser atau bukan.Namun begitu kesemua benjolan di payudara mestilah diperiksa terlebih dahulu oleh pakar sebelum sebarang kesimpulan di buat.

Jenis-Jenis Simptom Benjolan

1-Fibroadenoma
2-Fibrosistik
3-Sista
4-Sista susu dan jangkitan
5-Intraductal Papilloma
6-Kanser
7-Kecederaan
8-Hormon
9-Penyebab yang tidak berbahaya termasuklah pertumbuhan kulit,tumor lemak (lipoma),duct ectasia dan lain-lain.


Apakah itu Fibroadenoma?

Ia adalah tumor yang biasa ditemui di payudara wanita.Ia adalah satu benjolan tisu keras yang tidak berbahaya dan bukan kanser.Ia terjadi akibat peningkatan sensitiviti hormon oestrogen wanita.Kebiasaannya ia kenyal lembut dan mudah bergerak ke bawah kulit.Benjolan ini kenyal kerana ia mengandungi kolagen.Terdapat dua keadaan mereka yang mempunyai fibroadenoma iaitu tidak sakit atau sakit jika tersentuh.Ia biasa ditemui pada wanita muda tetapi boleh juga berlaku pada sebarang umur wanita.Fibroadenoma biasa ini mempunyai saiz satu hingga tiga sentimeter.Tetapi apabila saiz bertambah 5 sentimeter keadaan ini dinamakan fibroadenoma gergasi.Ia juga boleh mengecil atau membesar dan sesetengahnya akan hilang begitu sahaja.
Sesetengah fibroadenoma yang kecil ini akan dapat dikesan semasa kehamilan dan semasa penyusuan bayi.