Showing posts with label gangguan. Show all posts
Showing posts with label gangguan. Show all posts

Friday, June 19, 2009

Anda Penghidap Migrain ?

Jika anda sering berasa pening kepala dan berdenyut- denyut di bahagian sebelah kepala sahaja secara berulang anda mungkin menghidap penyakit migrain.Malah bukan itu sahaja kadang kala penghidap migrain terutama bagi kes yang teruk ia juga akan mengalami muntah,cirit birit dan akan sensitif kepada bunyi dan cahaya kerana akan menyebabkan kepala sakit.

Sebab-sebab terjadinya migrain

-Perubahan bahan kimia dalam badan yang dipnggil serotonim.Apabila serotonim menurun saluran darah akan mengembang dan menyebabkan pembengkakan dan keadaan inilah akan menyebabkan sakit kepala.
-Faktor keturunan
-Pemakanan iaitu makanan yang mengandungi keju,coklat kekacang,alkohol,nitrate juga boleh mengakibatkan migrain
-Diet yang akan menurunkan kandungan gula dalam darah juga mungkin menyebabkan migrain kerana gula yang rendah dalam darah menyebabkan saluran darah mengembang.
-Tidak makan atau lambat makan mengikut jadual dan waktu juga penyebab migrain
-Orang yang kerap mengambil minuman berkafein seperti kopi,teh dan minuman bergas
-Hormon oestrogen wanita yang turun naik
-Sewaktu mengandung
-Ramai wanita yang mengalami migrain sebelum,semasa dan selepas kedatangan haid
-Pil perancang boleh mengakibatkan migrain kerana ada pil perancang yang mengandungi oestrogen
-Menopaus
-Terlebih atau terkurang tidur berlaku akibat pertukaran dalam masa tidur dan jaga
-Ubat yang menyebabkan saluran darah mengembang boleh mendatangkan migrain seperti herba yang mengadungi ginkgo biloba.
-Perubahan cuaca yang tidak menentu seperti panas,dan hujan juga jerebu
-Perempuan lebih kerap mengalami migrain berbanding lelaki


Jenis-Jenis migrain

1) Classic Migrain -10 minit atau 30 minit sebelum berlaku migrain akan memberikan tanda awal seperti terlihat cahaya terang,garisan zig zag,penglihatan berganda,buta sementara,kebas,kepala berpusing,pening,sukar bercakap dan keliru dan selepas lima atau 15 minit tanda ini akan hilang dan migrain akan menyerang.

2) Common Migrain -Migrain menyerang tanpa amaran dan boleh berlaku pada bila-bila sahaja dan ini lebih biasa terjadi

Wednesday, June 3, 2009

Apakah Kanser Mulut?

Mulut terdiri daripada bibir luar,bibir dalam,lidah,dasar mulut,bahagian dalam pipi,mukosa mulut dan lelangit.Pada kanser mulut sel sel dari tisu- tisu yang membentuk bahagian mulut tumbuh secara tidak normal, bahgian yang dijangkiti kanser akan mengalami perubahan warna,bentuk dan rupa.

Kanser mulut mengambil masa yang lama untuk terjadi.Perubahan awal tisu pada bahagian yang terlibat dinamakan Pra Kanser.Pada peringkat ini rawatan awal masih boleh di jalankan untuk mencegah kanser dari merebak.64 peratus berisiko penghidap kanser mulut ialah golongon India.Kebanyakannya dikaitkan dengan tabiat menguyah sirih.

Fakta yang harus diketahui mengenai Kanser Mulut.

-Kanser mulut selalu terjadi di dalam mulut pada bahagian pipi,lidah dan gusi
-Di Malaysia Kanser Mulut dikaitkan dengan amalan menguyah sireh,penggunaan tembakau,pengambilan alkohol berlebihan bersama amalan merokok

Tanda- Tanda dan gejala

-Ulser di dalam mulut, di bahagian pipi yang tidak sembuh dalam masa dua minggu
-Tompok-tompok merah atau putih di dalam mulut-Benjolan di dalam mulut-Sukar untuk menguyah atau menelan atau bercakap-Pendarahan yang kerap berlaku di dalam mulut-Kebas atau hilang rasa dalam mulut.

Pencegahan

-Berhenti merokok
-Mengurangkan minuman beralkohol secar berlebihan atau berhenti minum alkohol
-Menghentikan amalan menguyah sireh atau tembakau
-Menjaga kebersihan mulut secara teratur
-Megelakkan pendedahan matahari secara terus terutamanya di kawasan bibir

Friday, April 17, 2009

Ulcer Mulut boleh menyebabkan Barah

Kebanyakan dari kita mesti pernah menghidap ulcer.Ia boleh dialami oleh sesiapa sahaja tanpa mengira umur dan jantina tetapi golongon wanita mungkin lebih berisiko kerap menghidapinya terutama bagi wanita yang mengandung dan datang haid.Ulcer ini biasanya akan pulih dengan sendirinya dan kalau berulang pun tidaklah serius dan juga tidak berjangkit kepada sesiapa di sekeliling.

Ulser ini terjadi adalah kerana jangkitan bakteria di dalam mulut dan selain itu ia juga adalah disebabkan oleh kecederaan fizikal pesakit sperti tergigitbibir, pipi atau tercucuk benda yang tajam.Ulser juga terjadi akibat kekurangan zat makanan, tekanan ,kurang rehat atau keadaan mulut yang kotor.

ulser ialah tompokan putih di dalam mulut ia mungkin luka atau kudis yang terdapat di bahagian mulut iaitu di bahagian pipi, mulut dan lidah.Bagi yang pernah menghidap penyakit ini tentunya tahu betapa sakitnya untuk menguyah makanan kerana rasa perit dan sakit bila makanan terkena luka ulcer tadi.

Tanda-tanda anda sedang menghidap ulser mulut
-Kawasan yang terkena jangkitan atau cedera bewarna merah dan membengkak

-Rasa pedih dan sakit di bahagian yang luka terutama apabila anda sedang menguyah makanan pedas, masin atau panas.
-Rasa sakit apabila anda sedang mengosok gigi dan susah untuk membuka mulut.
-Hilang selera makan akibat pedih dan sakit di bahagian luka

Langkah-langkah awal perlu diambil untuk mencegah ulcer ini iaitu minumlah air yang secukupnya dan kurangkan air yang berasid,jauhilah makanan yang banyak mengandungi rempah,letakkan sedikit ais di tempat luka untuk melegakan sakit, elakkan daripada tekanan perasaan.Jika ulser mulut anda masih tidak sembuh malah semakin merebak dalam masa kurang dari tiga minggu, anda mesti segera berjumpa doktor kerana mungkin ulser mulut yang lambat sembuh adalah tanda-tanda awal anda sedang menghidap barah mulut.Pemeriksaan lanjut perlu dilakukan apabila ulser yang dialami agak besar saiz dari biasa iaitu lebih 2 mm, ulser berdarah dan tidak sembuh dalam masa 3 minggu.