Showing posts with label selsema. Show all posts
Showing posts with label selsema. Show all posts

Monday, July 27, 2009

Batuk bukan penyakit serius tapi AWAS ...!

Batuk biasanya akan berlaku apabila seseorang itu menghidap selsema dan demam dan sebenarnya penyakit batuk ini tidaklah serius dan dalam masa seminggu ia akan hilang juga bersama demam dan selsema.Namun dalam jangka masa seminggu itu sesiapa sahaja yang menghidapnya akan sibuk mencari ubat batuk bagi melegakan kesakitan yang dihidapi.
Batuk sebenarnya adalah tindak balas normal yang baik untuk kita kerana tindak balas yang dikenali sebagai tindak balas refleks ini berlaku secara automatik untuk melegakan rongga pernafasan yang tersekat atau terkena bahan bahan yang menganggu tekak.Batuk terdiri daripada dua jenis iaitu batuk yang berkahak dan batuk yang tidak berkahak.

Batuk Berkahak


-Bermula di bahagian dada dan perlu mengenali warna kahak untuk mengetahui jenis batuk serta penyakit yang dihidapi
-Jika kahak berwarna putih dan jernih menunjukkan tidak ada penyakit penyakit lain yang berbahaya.

-jika kahak ada warna putih tetapi berbuih anda perlu berhati hati, ia mungkin disebabkan oleh penyedutan asap rokok yang kronik dalam jangka masa yang lama.Keadaan ini berlaku pada penghidap penyakit bronkitis.
-Kahak yang berwarna hijau atau coklat.Pesakit perlu berhati hati ia mungkin terdapat jangkitan dalam paru-paru,selalunya ia disebabkan jangkitan dalam paru-paru oleh kuman bakteria.Mereka yang menghidap bronkitis dan pneumonia juga sering mengalami masalah ini.
-Jika kahak anda berwarna gelap seperti karat atau berdarah, ini menunjukkan anda di peringkat serius dan mungkin di sebabkan oleh kanser,batuk kering dan sebagainya.

Batuk tidak berkahak

-Keadaan ini terjadi apabila anda bersa gatal,kering dan perit dibahagian tekak.Batuk ini disebabkan oleh jangkitan virus di dalam tekak,dan tanpa mengambil ubt pun batuk ini akan sembuh dan keadaan ini berlaku juga selama seminggu.
-Jika anda berasa pedih yang teramat sangat anda harus mengambil ubat untuk mengawal rasa pedih.

Cara-cara menghilangkan kahak di tekak

-Anda hendaklah meminum air suam atau panas dengan banyak
-Elakkan memakan bahan-bahan yang menambah lendir seperti bahan tenusu,daging,makanan manis,makanan segera dan sebagainya ketika batuk.
-Jauhkan diri anda daripada persekitaran yang berhabuk,berasap toksik dan sebagainya.
-Anda juga boleh menyedut wap daria air yang mendidih.Hidung yang tersumbat boleh dikurangkan dengan melakukan cara ini.
-Untuk mereka yang merokok eloklah kurangkan bilangan rokok yang anda hisap.Untuk lebih berkesan eloklah anda berhenti merokok.
-Tetapi yang paling senang sekali ialah anda menghebus dengan kuat untuk membuang kahak dan hingus.

Wednesday, July 1, 2009

Merawat Selsema dirumah cara terbaik

Pengubatan sendiri selsema di rumah seperti berehat serta bersikap penyabar ternyata merupakan cara terbaik untuk mengubati penyakit selsema.Hidung yang tersumbat dan batuk paling baik diubati dengan cara pernafasan iaitu sebelum tidur untuk membantu istirehat anda di malam hari selain itu aromaterapi seperti camomile atau minyak kayu putih perlulah dihidu untuk melancarkan pernafasan kerana minyak dan wangian itu akan dapat mengeringkan selaput lendir dalam hidung.

Selain itu mengurut dada dengan ubat gosok seperti 'eucalyptus ointment'juga dapat membantu bernafas dengan mudah,ketika tubuh diserang demam maka tubuh akan menghasilkan lendir yang berfungsi mengahalu kuman.Penghidap demam ini boleh membantu dengan meminum air yang banyak sekurang-kurangnya tiga atau empat liter sehari.

Jika kepala terasa pening dan demam terus berlanjutan selama beberapa hari hindari dari makan tablet penghilang pening dan jika kahak atau lendir sudah bertukar menjadi warna hijau kemungkinan anda sudah diserang infeksi dan anda perlu segera mendapatkan rawatan.
Disamping itu melakukan perawatan ketika selesama dengan menjaga sistem kekebalan tubuh agar tetap kuat dapat mempercepatkan tempoh untuk sihat sepenuhnya dan cara yang boleh dilakukan ialah olahraga.Namun bak kata pepatah "Mencegah lebih baik daripada mengubati,oleh itu olahraga perlu dilakukan secara teratur.

Friday, May 15, 2009

Sakit Belakang

Adakah anda pernah mengalami keadaan ini.Sakit di bahagian belakang pasti ramai yang pernah mengalaminya terutama bagi kaum hawa ibu khususnya yang sering melakukan kerja-kerja rumah.Walaupun kita tahu sakit belakang adalah perkara yang tidaklah serius tetapi anda perlu juga berhati-hati akan penyebab masalah ini.Jika tidak diberi perhatian mungkin akan mendatangkan akibat buruk pada anda nanti.

Penyebab sakit di bahagian belakang

Disebabkan oleh otot yang lemah,otot yang tegang atau kaku,urat belakang yang tergeliat, otot yang terkoyak atau juga disebabkan sakit sendi yang mengakibatkan anda rasa sakit di bahagian punggung,kebas kaki,rasa digigit semut di kaki akibat rangsangan saraf dari saraf tunjang.Tekanan perasaan atau tidak melakukan sebarang aktiviti senaman juga boleh menjadi punca sakit di bahagian belakang.

Selain itu mereka yang mempunyai keadaan fizikal yang agak gemuk juga boleh mendapat sakit belakang terutama melibatkan waktu berdiri dan duduk yang agak lama.Kadang-kadang sakit belakang juga adalah kerana tanda- tanda ada masalah arthritis,ulser atau masalah sakit buah pinggang,mengandung atau masalah yang berkaitan genetik atau kecederaan fizikal di bahagian belakang akibat kecederaan.

Simptom sakit belakang

Sakit di bahagian belakang selalunya sakit di bahagian bawah belakang anda dan boleh merebak ke bahagian lain iaitu kaki.Bahagian yang sakit akan merasa sensitif apabila disentuh dan akan berasa lebih sakit apabila anda bergerak.Rasa sakit boleh dirasai seperti pisau yang tajam menikam atau rasa kesakitan yang amat sangat dibahagian otot belakang.

Siapa yang berisiko mendapat sakita belakang?

1-Yang tidak boleh dirawat atau diubah
a) Mereka yang berada dalam pertengahan umur

b) Lelaki
c) Sejarah keluarga yang menghidap sakit bahagian belakang.
d) Mengandung-semasa mengandung ligamen wanita meregang otot abdominal mereka tegang dan lemah dan bahagian belakang perlu menyokong bayi dalam kandungan.
e) Sebahagian tulang belakang mengalami tekanan

2-Yang boleh dirawat atau diubah
a) Kekurangan senaman

b) Pekerjaan dan aktiviti lain yang memerlukan seseorang itu duduk, mengangkat atau menarik barangan berat dan pekerjaan yang mengakibatkan seseorang terdedah kepada getaran.
c) Merokok
d) Berat berlebihan
e) Tekanan
f) Pengunaan streoid terlalu lama

Pencegahan sakit Belakang

-Kurangkan aktiviti yang memburukkan simptom tetapi buat aktiviti biasa tetapi tidak digalakkan berehat dikatil sahaja.
-Buat senaman ringan untuk membina dan menegekalkan otot perut yang kuat dan belakang yang fleksibel.
-Perlu tahu apakah penyebab sakit belakang dan langkah mengelakkannya.