Showing posts with label kahak. Show all posts
Showing posts with label kahak. Show all posts

Thursday, August 6, 2009

Cara untuk Mengatasi Insomnia

Tidur adalah amat penting kepada manusia iaitu sebagai satu cara untuk merehatkan diri setelah penat bekerja seharian.Setiap orang dewasa memerlukan tidur yang cukup iaitu antara tujuh atau lapan jam sehari ini bergantung kepada keperluan individu itu sendiri.Apa yang penting adalah keadaan kita semasa bangun dari tidur samaada kita aktif atau tidak bergantung pada jangka waktu tidur kita.

Bila tidur anda mula terganggu ini menunjukkan yang anda mempunyai masalah dengan waktu tidur anda.Apabila keadaan ini berlaku anda boleh dikategorikan menghidap insomnia.Insomnia ini adalah keadaan di mana seseorang itu tidak mempunyai kekuatan untuk mendapatkan tidur yang nyenyak dan sempurna.Ia juga banyak berlaku di kalangan wanita berbanding lelaki .Ia kerap berlaku seiring peningkatan usia.

Simptom-simptom insomnia

1) Kesukaran tidur di waktu malam
2)Sering terjaga waktu tidur dan sukar untuk tidur kembali
3)Bangun terlalu awal di waktu pagi4)Tidak mendapatkan tidur yang berkualiti yang membolehkan anda berasa segar pada keesokkan harinya.

Apakah penyebab insomnia ?

Mereka yang menghidap insomnia ini mungkin kerana tekanan waktu kerja di siang hari atau terlalu banyak mengambil kafein dan mereka ini perlu mendapatkan nasihat dari doktor.Tanpa rawatan ia akan bertambah kronik dan akan berulang-ulang terjadi.

2 jenis insomnia

1)Acute Insomnia(jangka masa pendek)
-jenis ini hanya berlaku pada waktu yang pendek dalam beberapa malam sahaja dan kurang dari empat minggu.Keadaan ini berlaku mungkin tekanan di tempat kerja atau keadaan fizikal yang tidak sihat.

2)Chronic Insomnia (Insomnia kronik)
-Berlarutan sehingga tiga atau empat minggu dan berkhir sehingga sebulan atau lebih.Kira kira 10 hingga 15 peratus orang dewasa menghidap penyakit ini.Mereka memerlukan perhatian dan ini juga menunjukkan mereka mempunyai depresi yang teruk.

Tabiat untuk membantu mendapatkan tidur yang sempurna

-Jadikan bilik tidur anda sebagai tempat yang selesa untuk tidur tidak melakukan aktiviti seperti makan dan menonton tv di dalam bilik.Pastikan dalam 15 atau 20 minit anda sudah boleh melelapkan mata jika tidak tukar ke bilik lain dan cuba untuk tidur.
-Tetapkan masa tidur dan jaga anda, pastikan anda bangun pada waktu yang sama setiap hari dapat membantu anda menjangka waktu tidur anda.
-Awasi pemakanan anda dan elakkan minum kopi empat hingga enam jam sebelum tidur,jangan juga makan makanan berat dan jika lapar makan snek yang ringan dan jangan merokok kerana ia akan membuatkan tubuh sentiasa berjaga.
-Elakkan tidur waktu petang kalau perlu juga tidur selama 30 minit sahaja.

Monday, July 27, 2009

Batuk bukan penyakit serius tapi AWAS ...!

Batuk biasanya akan berlaku apabila seseorang itu menghidap selsema dan demam dan sebenarnya penyakit batuk ini tidaklah serius dan dalam masa seminggu ia akan hilang juga bersama demam dan selsema.Namun dalam jangka masa seminggu itu sesiapa sahaja yang menghidapnya akan sibuk mencari ubat batuk bagi melegakan kesakitan yang dihidapi.
Batuk sebenarnya adalah tindak balas normal yang baik untuk kita kerana tindak balas yang dikenali sebagai tindak balas refleks ini berlaku secara automatik untuk melegakan rongga pernafasan yang tersekat atau terkena bahan bahan yang menganggu tekak.Batuk terdiri daripada dua jenis iaitu batuk yang berkahak dan batuk yang tidak berkahak.

Batuk Berkahak


-Bermula di bahagian dada dan perlu mengenali warna kahak untuk mengetahui jenis batuk serta penyakit yang dihidapi
-Jika kahak berwarna putih dan jernih menunjukkan tidak ada penyakit penyakit lain yang berbahaya.

-jika kahak ada warna putih tetapi berbuih anda perlu berhati hati, ia mungkin disebabkan oleh penyedutan asap rokok yang kronik dalam jangka masa yang lama.Keadaan ini berlaku pada penghidap penyakit bronkitis.
-Kahak yang berwarna hijau atau coklat.Pesakit perlu berhati hati ia mungkin terdapat jangkitan dalam paru-paru,selalunya ia disebabkan jangkitan dalam paru-paru oleh kuman bakteria.Mereka yang menghidap bronkitis dan pneumonia juga sering mengalami masalah ini.
-Jika kahak anda berwarna gelap seperti karat atau berdarah, ini menunjukkan anda di peringkat serius dan mungkin di sebabkan oleh kanser,batuk kering dan sebagainya.

Batuk tidak berkahak

-Keadaan ini terjadi apabila anda bersa gatal,kering dan perit dibahagian tekak.Batuk ini disebabkan oleh jangkitan virus di dalam tekak,dan tanpa mengambil ubt pun batuk ini akan sembuh dan keadaan ini berlaku juga selama seminggu.
-Jika anda berasa pedih yang teramat sangat anda harus mengambil ubat untuk mengawal rasa pedih.

Cara-cara menghilangkan kahak di tekak

-Anda hendaklah meminum air suam atau panas dengan banyak
-Elakkan memakan bahan-bahan yang menambah lendir seperti bahan tenusu,daging,makanan manis,makanan segera dan sebagainya ketika batuk.
-Jauhkan diri anda daripada persekitaran yang berhabuk,berasap toksik dan sebagainya.
-Anda juga boleh menyedut wap daria air yang mendidih.Hidung yang tersumbat boleh dikurangkan dengan melakukan cara ini.
-Untuk mereka yang merokok eloklah kurangkan bilangan rokok yang anda hisap.Untuk lebih berkesan eloklah anda berhenti merokok.
-Tetapi yang paling senang sekali ialah anda menghebus dengan kuat untuk membuang kahak dan hingus.