skip to main |
skip to sidebar
Ada ketikanya seseorang pekerja mengadu keletihan selepas pulang ke rumah.Bagi mereka yang bekerja di ladang atau sebagai buruh binaan akan berasa tubuh badan letih dan sakit-sakit kerana banyak keluarkan tenaga ketika mengunakan tulang empat kerat.Mereka yang bekerja di pejabat pula mengadu letih terutama minda dan mata kerana terlalu kerap bermesyuarat,berfikir,dan mengahadap komputer.Masalah ini jika tidak diselesaikan akan menyebabkan sikap malas,lesu dan bosan akan menguasai diri hingga boleh menjejaskan produktiviti kerja.Untuk menghilangkan rasa letih,beberapa petua boleh dicuba iaitu antaranya :1-Bersifat Positif Ketika bekerja,kita hendaklah sentiasa bersikap positif dan sentiasa menyenangi apa yang kita lakukan walaupun berat dan membebankan.Kita harus minat dalam pekerjaan yang kita buat.2-Bersantai Sejenak Gunakan waktu istirahat untuk berehat dan bersantai.Lakukan dengan menarik nafas dalam dalamuntuk beberapa saat.Ini akan meningkatkan tumpuan ketika bekerja 3.Nikmati Humor dan ketawa Pelbagai cara boleh di buat seperti membaca komik dan kartun atau berkelakar bersama teman-teman sekerja yang boleh menimbulkan ketawa dan membangkitkan tenaga dan kesegaran.Akan lebih mudah menghadapi sesuatu pekaerjaan jika kita dalam keadaan tersenyum dari terus bermuram.4.Bekerja secara sistematik Buatlah skala kerja dan jadual keutamaan terhadap pekerjaan yang dilakukan iaitu utamakan yang harus dilakukan dahulu supaya tidak kelam kabut.5.Minumlah banyak air mineral Dengan minum air putih dengan banyak dapat menimbulkan kesegaran dan melancarkan metabolisme tubuh6.Lakukan aktiviti fizikal Jika kita terlalu banyak duduk atau berdiri akan menyebabkan otot-otot kita sakit dan letih jadi lakukan senaman ringan untuk mengendurkan otot-otot seperti mengerak-gerakkan badan di ruang kerja atau boleh turun naik tangga jika pejabat atau tempat kerja kita bertingkat.daripada kita mengfunakan lift lebih baik kita naik turun tangga sebagai senaman ringan kita di tempat kerja.
Marah adalah emosi manusia yang memang normal dan sihat tapi apabila ia tidak dapat dikawal,emosi ini akan membawa masalah di tempat kerja dalam hubungan peribadi mahupun keseluruhan kualiti hidup anda.Kemarahan yang tidak terkawal akan menjadi punca pergaduhan dan penceraian dan menyebabkan tekanan yang serius dalam hidup seseorang.Rasa marah ini boleh disebabkan perihal dalaman dan luaran.Biasanya ia melibatkan perubahan fisilogikal dan biologikal seseorang ketika marah,tekanan darah dan denyutan jantung akan meningkat, begitu juga dengan hormon tenaga,adrenalin dan noradrealine jadi jika anda ingin hidup gembira dan sihat kawal kemarahan anda sebaiknya.Caranya adalah seperti berikut :1.Bertenang
-Tarik nafas dalam dalam dan kosongkan fikiran.Ini mungkin dapat membantu menenangkan diri anda.Ambik nafas dalam-dalam jangan bernafas dari dada kerana ia tidak akan menenangkan anda,bayangkan nafas anda seolah-olah keluar dari perut.Secara perlahan-lahan ulangi perkataan 'bertenang' dan 'jangan susah hati',ulanginya berkali;kali sehingga anda rasa tenang.Gunakan daya imiginasi anda gambarkan suasana tenang dan menyenangkan sambil menutup mata.Sambil itu tarik nafas dalam-dalam.2.Susun semula pemikiran
-Selalunya bagi seseorang yang tengah marah selalunya mengeluarkan kata-kata yang tidak elok dan cacian bagi mengelakkan ini berlaku kita perlu guna teknik mengubah cara pemikiran.Jadi setiap kali marah ,tukarkan perkara-perkara berikut kepada yang lebih rasional seperti katakan pada diri anda "ia sungguh mengecewakan", "ia memang teruk", atau "saya faham sekarang saya tengah sedih tapi bukan bermakna selamanya saya akan gagal".Kata-kata itu akan menguatkan semangat anda dan menghilangkan rasa marah anda .3.Selesaikan masalah
-Kadangkala kemarahan itu timbul apabila ada beberapa masalah yang tidak dapat diselesaikan.Oleh itu selesaikan masalah anda dengan merangkakan perancangan anda,jangan lupa semak perkembangannya,selesaikan masalah dengan cara yang paling berhemah dan jangan salahkan diri jika tidak dapat ia tidak dapat memenuhi perancangan anda.4.Komunikasi yang baik-Selalunya orang yang tengah marah akan cepat membuat kesimpulan terhadap sesuatu secar tidak tepat.Jika mengfhadapi perbincangan hangat yang mencetuskan kemarahan anda patut bertenang dan jangan buat keputusan ketika marah dan berfikirlah dahulu sebelum melakukan apa-pap.Jadilah pendengar yang baik pada perkara-perkara yang menyebabkan kemarahan.5.Bertukar angin
-Kadangkala suasana sekeliling akan menyebabkan kita rasa tertekan.Masalah dan tanggungjawab yang banyak akan membebankan dan ini membuatkan kita cepat marah.Oleh itu anda mestilah luangkan masa untuk diri sendiri pergilah melancong untuk memperbaharui mood.6.Marahlah secara sihat
Kemarahan adalah emosi normal manusia dan emosi ini juga penting untuk kita mempertahankan diri,marahlah dengan cara yang wajar dan terkawal tanpa diikuti dengan kekerasan tapi jangan memendamkan masalah itu luahkanlah agar tidak memberi kesan pada diri sendiri
Tidur adalah amat penting kepada manusia iaitu sebagai satu cara untuk merehatkan diri setelah penat bekerja seharian.Setiap orang dewasa memerlukan tidur yang cukup iaitu antara tujuh atau lapan jam sehari ini bergantung kepada keperluan individu itu sendiri.Apa yang penting adalah keadaan kita semasa bangun dari tidur samaada kita aktif atau tidak bergantung pada jangka waktu tidur kita.Bila tidur anda mula terganggu ini menunjukkan yang anda mempunyai masalah dengan waktu tidur anda.Apabila keadaan ini berlaku anda boleh dikategorikan menghidap insomnia.Insomnia ini adalah keadaan di mana seseorang itu tidak mempunyai kekuatan untuk mendapatkan tidur yang nyenyak dan sempurna.Ia juga banyak berlaku di kalangan wanita berbanding lelaki .Ia kerap berlaku seiring peningkatan usia.Simptom-simptom insomnia1) Kesukaran tidur di waktu malam2)Sering terjaga waktu tidur dan sukar untuk tidur kembali3)Bangun terlalu awal di waktu pagi4)Tidak mendapatkan tidur yang berkualiti yang membolehkan anda berasa segar pada keesokkan harinya.Apakah penyebab insomnia ?Mereka yang menghidap insomnia ini mungkin kerana tekanan waktu kerja di siang hari atau terlalu banyak mengambil kafein dan mereka ini perlu mendapatkan nasihat dari doktor.Tanpa rawatan ia akan bertambah kronik dan akan berulang-ulang terjadi.2 jenis insomnia1)Acute Insomnia(jangka masa pendek)-jenis ini hanya berlaku pada waktu yang pendek dalam beberapa malam sahaja dan kurang dari empat minggu.Keadaan ini berlaku mungkin tekanan di tempat kerja atau keadaan fizikal yang tidak sihat.2)Chronic Insomnia (Insomnia kronik)-Berlarutan sehingga tiga atau empat minggu dan berkhir sehingga sebulan atau lebih.Kira kira 10 hingga 15 peratus orang dewasa menghidap penyakit ini.Mereka memerlukan perhatian dan ini juga menunjukkan mereka mempunyai depresi yang teruk.Tabiat untuk membantu mendapatkan tidur yang sempurna-Jadikan bilik tidur anda sebagai tempat yang selesa untuk tidur tidak melakukan aktiviti seperti makan dan menonton tv di dalam bilik.Pastikan dalam 15 atau 20 minit anda sudah boleh melelapkan mata jika tidak tukar ke bilik lain dan cuba untuk tidur.
-Tetapkan masa tidur dan jaga anda, pastikan anda bangun pada waktu yang sama setiap hari dapat membantu anda menjangka waktu tidur anda.
-Awasi pemakanan anda dan elakkan minum kopi empat hingga enam jam sebelum tidur,jangan juga makan makanan berat dan jika lapar makan snek yang ringan dan jangan merokok kerana ia akan membuatkan tubuh sentiasa berjaga.
-Elakkan tidur waktu petang kalau perlu juga tidur selama 30 minit sahaja.
Batuk biasanya akan berlaku apabila seseorang itu menghidap selsema dan demam dan sebenarnya penyakit batuk ini tidaklah serius dan dalam masa seminggu ia akan hilang juga bersama demam dan selsema.Namun dalam jangka masa seminggu itu sesiapa sahaja yang menghidapnya akan sibuk mencari ubat batuk bagi melegakan kesakitan yang dihidapi.
Batuk sebenarnya adalah tindak balas normal yang baik untuk kita kerana tindak balas yang dikenali sebagai tindak balas refleks ini berlaku secara automatik untuk melegakan rongga pernafasan yang tersekat atau terkena bahan bahan yang menganggu tekak.Batuk terdiri daripada dua jenis iaitu batuk yang berkahak dan batuk yang tidak berkahak.
Batuk Berkahak-Bermula di bahagian dada dan perlu mengenali warna kahak untuk mengetahui jenis batuk serta penyakit yang dihidapi
-Jika kahak berwarna putih dan jernih menunjukkan tidak ada penyakit penyakit lain yang berbahaya.-jika kahak ada warna putih tetapi berbuih anda perlu berhati hati, ia mungkin disebabkan oleh penyedutan asap rokok yang kronik dalam jangka masa yang lama.Keadaan ini berlaku pada penghidap penyakit bronkitis.-Kahak yang berwarna hijau atau coklat.Pesakit perlu berhati hati ia mungkin terdapat jangkitan dalam paru-paru,selalunya ia disebabkan jangkitan dalam paru-paru oleh kuman bakteria.Mereka yang menghidap bronkitis dan pneumonia juga sering mengalami masalah ini.-Jika kahak anda berwarna gelap seperti karat atau berdarah, ini menunjukkan anda di peringkat serius dan mungkin di sebabkan oleh kanser,batuk kering dan sebagainya.Batuk tidak berkahak-Keadaan ini terjadi apabila anda bersa gatal,kering dan perit dibahagian tekak.Batuk ini disebabkan oleh jangkitan virus di dalam tekak,dan tanpa mengambil ubt pun batuk ini akan sembuh dan keadaan ini berlaku juga selama seminggu.-Jika anda berasa pedih yang teramat sangat anda harus mengambil ubat untuk mengawal rasa pedih.Cara-cara menghilangkan kahak di tekak-Anda hendaklah meminum air suam atau panas dengan banyak-Elakkan memakan bahan-bahan yang menambah lendir seperti bahan tenusu,daging,makanan manis,makanan segera dan sebagainya ketika batuk.-Jauhkan diri anda daripada persekitaran yang berhabuk,berasap toksik dan sebagainya.-Anda juga boleh menyedut wap daria air yang mendidih.Hidung yang tersumbat boleh dikurangkan dengan melakukan cara ini.-Untuk mereka yang merokok eloklah kurangkan bilangan rokok yang anda hisap.Untuk lebih berkesan eloklah anda berhenti merokok.-Tetapi yang paling senang sekali ialah anda menghebus dengan kuat untuk membuang kahak dan hingus.
Buasir adalah satu penyakit yang amat digeruni setiap orang kerana kesakitannya yang boleh mengakibatkan kesukaran membuang air besar.Pada sesiapa yang selalu mengalami sembelit berkemungkinan risiko terjadinya buasir adalah besar.Buasir ini terjadi apabila saluran darah venus yang mengembang dan bengkak di sekitar dubur.Di bahagian dinding dubur terdapat kusyen yang membantu menutup dubur dan memudahkan pengeluaran najis.Tetapi apabila seseorang itu sering sembelit dan proses meneran akan mengakibatkan kusyen yang melindungi dubur tadi bengkak dan beralih asalnya ini menyebabkan kedudukannya terkeluar dari dubur ketika proses buang air besar dan berlaku pendarahan kerana tisu haemorrhoid yang mengandungi banyak bekalan darah ini tercalar.Sebab-sebab berlakunya buasir1)Tekanan- iaitu berlaku apabila seseorang berdiri atau duduk dalam masa yang lama.Ini kerana berlaku peningkatan tekanan yang menyebabkan saluran venus membengkak atau terkeluar.
2)Sembelit-sembelit terjadi apabila najis yang besar dan kering diteran dengan kuat dan ini memerlukan tekanan yang kuat dan akan menyebabkan saluran venus di bahagian dubur mengalami tekanan yang lebih dan pembengkakan ini menyebabkan buasir terjadi.
3)Berat badan yang berlebihan juga akan dapat memberikan tekanan yang boleh menyebabkan buasir.
4)Perempuan mengandung - Semasa mengandung juga kita boleh terdedah dengan risiko mendapat buasir kerana berlakunya tekanan disebabkan oleh rahim yang semakin membesar dan semasa proses mengandung juga bekalan darah lebih banyak dari biasa dan ini dengan sendirinya memberkan tekanan kepada saluran venus lebih teruk lagi apabila semasa mengandung otot-otot menjadi lebih relaks disebabkan hormon semasa mengandung.Cara Penjagaan unutuk penyakit Buasir-Bagi mengelakkan kesakitan ketika buasir pesakit disyorkan kerap membuang najis dan pastikan najis tak keras serta menjaga kebersihan dubur.-Untuk pastikan tidak sembelit pesakit di sarankan banyak minum air putih dan mengambil buah-buahn serta sayur sayuran.-Untuk memastikan kebersihan pada kawasan dubur hendaklah di cuci lebih kerap dan mengunakan sabun dan air selepas membuang air dan pesakit juga boleh merendam diri dalam air suam untuk 2 atau 3 kali sehari.Selain itu juga garam mandian juga boleh digunakan untuk mengecutkan kawasan dubur yang bengkak.
Adakah anda sering bersin atau merasa gatal di bahagian hidung ?Dimana sahaja anda berada masalah ini sering terjadi terutama apabila anda berada di tempat yang dikelilingi bahan-bahan yang membuatkan anda cepat mengalami alahan seperti debu,bauan,bulu kucing atau sebagainya.Jika masalah ini sering anda alami ini mungkin tanda anda sedang menghidap alahan hidung.Apakah itu alahan hidung ?Alahan ini adalah reaksi seseorang kepada sesuatu secara berlebihan,contohnya jika seseorang itu alah pada makanan laut maka jika memakan nya seseorang itu akan mendapat penyakit gatal-gatal,Manakala jika eseorang itu alah pada ubat pula ia akan mendapat kesan bengkak atau gatal yang kadangkala boleh membawa kesan sesak nafas .Manakala Alahan hidung ini juga lebih dikenali sebagai allergic rhinitis bermaksud seseorang itu memberi reaksi pada sesuatu benda secara berlebihan,contohnya jika terdedah kepada habuk yang didalam nya terdapat sejenis hama.Hama inilah yang menyebabkan alahan.Kebanyakan hama banyak terdapat di langsir,karpet,tilam,cadar dan sarung bantal yang tidak berganti.Hama memakan kulit kulit yang gugur dari badan kita.Najis hama bercampur dengan habuk lain dan membuatkan hidung berair dan gatal.Manakala di luar rumah pula kita terdedah kepada debunga yang boleh menyebabkan alahan hidung,apabila pesakit yang alah kepada debunga itu hidungnya akan rasa gatal dan akhirnya bersin dan berair seperti selsema.Di sini gatal bukan bermakna gatal dari hidung sahaja tetapi kalau di peringkat teruk mata,muka dan lelangitjuga akan berasa gatal dan kadang kala menghilangkan deria rasa dan bau kita.
Pengubatan sendiri selsema di rumah seperti berehat serta bersikap penyabar ternyata merupakan cara terbaik untuk mengubati penyakit selsema.Hidung yang tersumbat dan batuk paling baik diubati dengan cara pernafasan iaitu sebelum tidur untuk membantu istirehat anda di malam hari selain itu aromaterapi seperti camomile atau minyak kayu putih perlulah dihidu untuk melancarkan pernafasan kerana minyak dan wangian itu akan dapat mengeringkan selaput lendir dalam hidung.Selain itu mengurut dada dengan ubat gosok seperti 'eucalyptus ointment'juga dapat membantu bernafas dengan mudah,ketika tubuh diserang demam maka tubuh akan menghasilkan lendir yang berfungsi mengahalu kuman.Penghidap demam ini boleh membantu dengan meminum air yang banyak sekurang-kurangnya tiga atau empat liter sehari.Jika kepala terasa pening dan demam terus berlanjutan selama beberapa hari hindari dari makan tablet penghilang pening dan jika kahak atau lendir sudah bertukar menjadi warna hijau kemungkinan anda sudah diserang infeksi dan anda perlu segera mendapatkan rawatan.
Disamping itu melakukan perawatan ketika selesama dengan menjaga sistem kekebalan tubuh agar tetap kuat dapat mempercepatkan tempoh untuk sihat sepenuhnya dan cara yang boleh dilakukan ialah olahraga.Namun bak kata pepatah "Mencegah lebih baik daripada mengubati,oleh itu olahraga perlu dilakukan secara teratur.