Showing posts with label penyakit deman denggi. Show all posts
Showing posts with label penyakit deman denggi. Show all posts

Tuesday, May 5, 2009

Angin dalam tubuh badan

Angin yang terdapat di dalam badan adalah berpunca daripada gas yang terdapat di dalam sistem penghadaman atau sistem gastrointestinal yang mengandungi gas yang tidak berbau yang 99 peratus gas buangan dari usus dan gas yang tidak menyenangkan pula mungkin disebabkan oleh gas yang mengandungi sulfur.Ia dilepaskan oleh bakteria yang ada dalam usus besar.
Angin disebabkan oleh gas atau angin yang terdapat di dalam sistem penghadaman badan datang daripada dua sumber iaitu daripada udara yang disedut dan juga akibat daripada bakteria yang terdapat di dalam usus besar.Bakteria ini terjadi akibat gangguan daripada makanan yang tidak dapat di hadamkan dengan baik.


Bagi seseorang yang mempunyai angin yang banyak di dalam badan pasti merasa tidak selesa dan merasa sakit-sakit seluruh tubuh badan.Bagi yang mudah menghidap penyakit angin ini hendaklah mengubah cara pemakanan seharian iaitu mengurangkan makanan yang menyebabkan angin di dalam badan iaitu kacang, sayuran seperti brokoli,kubis, tauge, bawang dan asparagus,buah pir,epal dan pic, manakala bijirin pula adalah roti gandum.Selain itu jauhilah minuman ringan dan jus buah serta minuman dari produk susu.

Bukan itu sahaja malah mereka yang selalu menghidapi masalah ini di nasihatkan agar banyak minuma air kosong dan kurangkan udara yang anda sedut seperti makan dengan perlahan dan kunyah lebih,elakkan menguyah gula-gula getah,kurangkan merokok,dan jika anda mempunyai gigi tidak teratur jumpalah doktor gigi untuk memperbetulkannya inin juga salah satu caranya.Akhir sekali caranya ialah sediakan jadual berapa banyak makanan berangin yang diambil dalam badan, dan berapa kali anda membuang angin dalam sehari jika 14 hingga 23 kali sehari ia normal tetapi jika lebih mungkin anda perlu berjumpa dengan doktor anda.

Friday, January 30, 2009

TIP-TIP PEMAKANAN SIHAT


1. Jangan makan sehingga kenyang.Sebaik-baiknya,berhenti sebelum kenyang.Adalah lebih baik minum segelas air suam sebelum anda mula menikmati makanan.Makan sehingga kenyang akan mengakibatkan kalori tersisa dan tersimpan sebagai lemak di tubuh anda.
2. Jadilah diri sendiri.Jangan cuba meniru orang lain.
3. Rancang program diet mengikut kemampuan diri.Jangan mensasarkan target yang terlampau tinggi.Tentukan target untuk berat badan ideal anda.Cuba turunkan satu kilogram setiap minggu
4. Makanlah saat anda lapar sahaja.Setiap kali anda hendak mula makan tanyalah pada diri sendiri apakah anda benar-benar memerlukannya.
5. Jangan makan sewaktu anda hendak mula tidur.Tubuh akan menyimpan sebagai lemak.makanlah ketika anda masih aktif,ini kerana makanan yang dimakan itu akan dibakar menjadi tenaga.
6. Olahraga teratur juga banyak membantu anda untuk membakar kalori.Janganlah cemas menghitung kalori yang diambil ketika makan biarlah tubuh anda yang memutuskan bila dan berapa banyak sebenarnya yang diperlukan badan.
7. Jika anda berasa lapar dan ingin mencapai sesuatu tunggu lima minit,makanlah sekiranya selepas itu anda masih terasa lapar.
8. Jika anda makan hidangan yang besar ketika duduk jangan terus menelan makanan itu.Relak kan diri anda dan kunyahlah secara perlahan hal ini membuatkan anda mendengar apa yang dikatakan tubuh anda.
9. Setelah selesai makan jangan terus duduk di meja makan anda kemungkinan akan menghabiskan makanan yang masih berbaki nanti.