Showing posts with label kehamilan. Show all posts
Showing posts with label kehamilan. Show all posts

Sunday, June 14, 2009

Apakah Penyakit Gusi ?

Kebanyakan dari kita boleh mengalami penyakit gusi yang tanpa kita sedari dari awal.Penyakit gusi ini boleh dielakkan atau jika ia baru bermula ia juga boleh di rawat seandainya dapat dikesan diperingkat awal.

Gejala penyakit gusi ialah :

1-Pendarahan gusi ini kerana gusi yang tidak sihat akan lebih sensitif dan cepat berdarah terutama apabila memberus gigi berbanding gusi yang sihat.
2-Gusi membengkak dan menjadi merah
3-Terdapat ruang antara gigi
4-Gigi kelihatan agak panjang dari biasa
5-Pernafasan anda berbau busuk atau kurang menyenangkan apabila bercakap
6-Keadaan gigi yang agak longgar dari gigi yang normal
7-Terasa gatal atau sakit yang samar-samar pada gusi

Faktor-faktor penyebab penyakit gusi

-Disebabkan oleh kuman yang hadir di dalam plak.Ini kerana plak gigi adalah suatu filem protein yang nipis,dihasilkan dari air liur dan akan melekat pada permukaan gigi kita sepanjang hari
-Kemudian dikontaminasikan oleh kuman yang banyak di dapati di dalam mulut.
-Pembentukan plak adalah proses yang berlanjutan dan ia akan terbentuk kembali setelah kita membersihkannya.Oleh itu penting untuk menghindarkan plak supaya dapat menghalang plak yang dikontaminasikan oleh kuman daripada memusnahkan gigi dan gusi


Peringkat penyakit gusi

Pada peringkat pertama bagi penyakit gusi adalah dinamakan gingivitis.Pada peringkat ini gusi akan menjadi merah dan bengkak serta mungkin berdarah semasa memberus dan memflos gigi.Ia boleh disebabkan oleh pembetukan plak pada permukaan gigi yang kurang mencukupi dan ia boleh dielakkan dengan cara pemberusan dan pengflosan gigi setiap hari.

Keadaan-keadaan yang boleh mempengaruhi penyakit penyakit gusi

1-Kencing Manis
Mereka yang mempunyai penyakit kencing manis lebih berisiko mendapat penyakit gusi.Penyakit gusi boleh menyusahkan anda untuk menjaga paras gula di dalam darah anda supaya berada di bawah kawalan.Paras glukosa di dalam cecair mulut yang tinggi mungkin mendorong kuman untuk membesar dan memulakan peringkat penyakit gusi.

2-Merokok
Merokok menyebabkan peningkatan peluang untuk infeksi gusi dan penyembuhan gigi yang berpanjangan

3-Kehamilan
Ibu mengandung lebih terdedah kepada penyakit gusi akibat pertukaran hormon semasa hamil

4-Strok
Kurangnya kebolehan untuk menghapuskan bakteria di dalam mulut yang boleh menyebabkan penyakit gusi

5-HIV/AIDS
Lebih berisiko mendapatkan penyakit gusi

Monday, May 11, 2009

Masalah Keputihan di kalangan wanita

Seperti yang kita tahu setiap wanita pasti mengalami keputihan dan itu adalah perkara normal bagi seorang wanita jika mengalami keputihan kerana seperti organ lain seperti mulut yang sentiasa basah dengan air liur serta mata yang dibasahi air mata begitu juga bahagian dalam vagina yang selalu basah oleh lendir yang dihasilkan oleh kelenjar dalam rahim.Dalam keadaan normal atau biasa selalunya vagina akan mengeluarkan cecair yang berlendir berwarna putih dan tidak akan berbau.Ia juga dipanggil fisiologi dan lendir ini mengandungi banyak epitel dan sedikit leukosit (sel darah putih).Jangan risau apabila keputihan bertukar menjadi kekuningan kerana lendir yang keluar apabila teroksida oleh udara akan bertukar menjadi warna kuning apabila terlekat di seluar dalam.Ia adalah normal.

Keputihan yang normal bukanlah satu penyakit yang berbahaya atau gejala penyakit tetapi apabila tanda tanda abnormal muncul itu akan dikhuatiri akan menjadi penyakit.Cara paling mudah untuk kita mengenal pasti samaada keputihan anda di tahap normal atau abnormal adalah melalui simptom keputihan itu :

1-Simptom 1
-Lendir bewarna putih kekuningan,pekat bergumpal,berbau dan gatal di vagina -Penyebabnya ialah kulat Candida sp
-Jika dibiarkan boleh melemahkan pertahanan diri dan menggalakkan bakteria bahayalain merebak seperti E-Coli

2-Simptom 2

- Lendir berwarna kuning pekat kehijauan, berbuih dan berbau busuk.Vagina terasa sakit jika ditekan,kadang kadang disertai rasa sakit semasa buang air kecil dan ada bintil atau luka di bibir vagina serta gatal.
-Penyebabnya ialah bakteria jenis Trichomonas vaginalis dan Enterobiasis-Kemungkinan penyakitnya ialah jangkitan penyakit kelamin

3-Simptom 3

-Lendir pekat dan kehijauan kadang-kadang bercampur darah, berbau hamis namun tidak timbul rasa gatal pada vagina dan terdapat luka.
-Penyebabnya adalah virus dan dikhuatiri mungkin tanda tanda awal pra kanser rahim.

Keadaan yang menyebabkan berlaku keputihan

1-Pada masa yang subu
-Pada waktu subur tubuh wanita akan giat menghasilkan hormon estrogen akibatnya lendir yang dihasilkan vagina akan lebih banyak dari biasa.

2-Ketika hamil
-Ketika hamil hormon estrogen lebih dikeluarkan dan pada waktu itu keputihan penting untuk menjaga kelembapan sekaligus meningkatkan persediaan vagina melakukan peregangan ketika waktu untuk melahirkan.

3-Saat terangsang
-lendir di vagina akan lebih banyak keluar jika wanita terangsang secara seksual.Cairan yang keluar ini berfungsi sebagai pelincir yang membantu saat melakukan hubungan seksual.

4-Berat badan yang berlebihan
-Apabila lemak terlalu banyak di kaki atau celah paha dan kelangkang ini akan menjadikan kawasan tadi lembab dan ini memudahkan kulat membiak dan keputihan akan terjadi.

5-Minum antibiotik dalam dos tinggi
-Dalam vagina terdapat bakteria yang bertugas menstabilkan keasidan pH vagina agar tetap dalam keadaan asid dan antibiotik yang diambil secara berlebihan akan membunuh bakteria berguna tadi dan ini akan merosakkan kestabilan pH vagina dan akan menyebabkan kulat dan bakteria berkembang baik dan menyebabkan keputihan.